JAKARTA: Indonesia menghantar dua pesawat sarat dengan 21 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin, termasuk bekalan perubatan penting dan peralatan perubatan hospital.
Fasa kedua bantuan dari Indonesia ke Gaza selepas penghantaran pertama dilakukan pada 4 Nov lepas.
Presiden Joko Widodo berkata bantuan bernilai 31.9 bilion rupiah atau AS$2.07 juta itu dibiayai melalui gabungan peruntukan bajet kerajaan dan sumbangan daripada syarikat, orang awam dan organisasi kemanusiaan.
"Sama seperti fasa pertama, pesawat akan meneruskan penerbangannya ke Lapangan Terbang El Arish di Mesir dan bantuan itu kemudiannya diedarkan ke Gaza," katanya.
Penghantaran bantuan pertama membawa keperluan penduduk Palestin seperti makanan, peralatan perubatan, selimut, khemah dan sokongan logistik.
Presiden turut menegaskan komitmen Indonesia bukan sahaja untuk menyediakan bantuan kemanusiaan segera tetapi juga untuk memberikan sokongan politik berterusan kepada Palestin.
Beliau menegaskan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi kini berkhidmat sebagai seorang daripada utusan khas Pertubuhan Kerjasama Islam.
Presiden itu berkata Retno secara aktif berinteraksi dengan beberapa negara untuk mendapatkan sokongan bagi menghentikan segera keganasan di Gaza, gencatan senjata segera selain penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Presiden Joko Widodo berkata bantuan bernilai 31.9 bilion rupiah atau AS$2.07 juta itu dibiayai melalui gabungan peruntukan bajet kerajaan dan sumbangan daripada syarikat, orang awam dan organisasi kemanusiaan. - Foto Bernama

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.

Kes pengubahan wang haram, rasuah Wan Saiful dibicarakan bersama
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pengubahan wang haram dan rasuah berhubung projek Jana Wibawa yang dihadapi Wan Saiful dibicarakan bersama.

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
AWANI Ringkas: Ditipu sindiket tawaran pekerjaan di utara Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada perunding luar digunakan dalam perkhidmatan awam
Khidmat perunding luar tidak akan digunakan dalam perkhidmatan awam kecuali dalam keadaan kepakaran tertentu tidak dimiliki, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.

Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

Blinken mahu keselamatan rakyat Gaza sebelum operasi ketenteraan diteruskan
Blinken turut menggesa langkah segera diambil untuk menahan pelampau peneroka Israel atas keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Singapura kerah pesawat RSAF hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Singapura mengerahkan pesawat Pasukan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza.

China terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Bantuan kemanusiaan itu, termasuk ubat-ubatan dan barangan makanan seperti makanan dalam tin, biskut, madu, oat dan air minuman.

Penduduk Gaza terus derita, kini di ambang kebuluran
Penduduk Gaza tiada pilihan selain terpaksa mengharapkan bantuan yang diagihkan UNRWA.

Jeda kemanusiaan di Gaza dilanjutkan sehari lagi
Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada Khamis.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Israel tewas dalam operasi psikologi peperangan - Pakar
Israel dilihat gagal dalam operasi psikologi dan perangsaraf komunikasinya dalam perang Palestine-Israel.