KUALA SELANGOR: Industri akuakultur negara berjaya mencatatkan kira-kira 492,680 tan metrik pengeluaran bernilai RM3.9 bilion pada tahun lepas, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.
Beliau berkata Jabatan Perikanan Malaysia juga ke arah meningkatkan sumbangan akuakultur perikanan negara dengan memfokuskan bagi pengeluaran akuakultur ikan Tilapia Gift, Tilapia Merah, Ikan Susu, Keli, Siakap, Patin, Lampam, Kelah, Udang Putih dan Udang Harimau.
"Dalam pameran di bawah segmen akuakultur sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah kali ini, Jabatan Perikanan Malaysia mempamerkan spesies udang harimau, udang putih, ikan kelah dan lampam yang menggunakan teknologi biofloc dan Amalan Pertanian Baik (myGAP) sektor perikanan.
"Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur melalui skim bantuan input akuakultur, biosekuriti, teknologi biofloc bagi akuakultur air tawar dan marin serta keperluan dan kepentingan myGAP," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.
Adnan berkata sepanjang program ini berlangsung pengunjung boleh melihat sendiri rupa bentuk ikan kelah dan udang serta memperolehi maklumat berhubung industri penternakan akuakultur bagi mendapatkan hasil yang lebih berkualiti.
Beliau berkata pameran kali ini turut memperkenalkan teknologi bioflok iaitu sistem akuakultur yang mengitar semula sisa nutrien sebagai makanan ikan.
"Melalui teknologi ini ia akan memudahkan penternak mengawal kualiti air, mengawal jangkitan penyakit seterusnya pengusaha akan dapat meningkatkan hasil akuakultur mereka.
"Selain itu, teknologi ini juga dapat meningkatkan hasil penternakan udang dengan menggunakan bahan aditif rawatan air yang mengandungi enzim, mikrob, mineral dan asid amino," katanya.
Dalam pada itu, Adnan turut berkata pada tahun ini Jabatan Perikanan Malaysia menyasarkan sejumlah 500,000 tan metrik pengeluaran akuakultur dengan purata pendapatan penternak akuakultur berjumlah RM3,800 sebulan.
Pogram tiga hari sehingga esok bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor khususnya.
Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur melalui skim bantuan input yang pelbagai. - Foto BERNAMA
Jawatankuasa khas dibentuk tangani isu pencemaran racun dalam sayur, buah di Pahang
Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak susulan isu pencemaran racun serangga dalam sayur-sayuran dan buah-buahan di negeri itu.
Hampir semua lepasan MARA isi kekosongan industri
Hampir kesemua pelajar lepasan institusi pengajian MARA isi kekosongan dalam industri terutama menerusi TVET.
[INFOGRAFIK] Dasar TVET Negara 2030
Berikut adalah info berkenaan dengan Dasar TVET Negara 2030.
JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga
Perkara pertama perlu diperjelas adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi.
Pengurangan penggunaan bahan api fosil akan burukkan masalah kemiskinan tenaga - CEO Rosneft
Igor Sechin berkata, promosi agresif agenda hijau akan bermakna mengisytiharkan perang tenaga ke atas majoriti penduduk dunia.
14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat
Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar tengah hari tadi.
[TERKINI] Status enam MP, satu ADUN Bersatu berpaling tadah sudah diputuskan
Status enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bersidang pada Jumaat.
Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berkata dasar yang diambil Sarawak sekarang turut membolehkannya mengekalkan kira-kira 62 peratus kawasan hutan di negeri ini.
FBI mahu jemaah haji doakan Palestin semasa Hari Arafah
Pempengaruh dan hos radio Zayyan, Faisal Ismail yang menjadi tetamu Allah bagi musim haji tahun ini mahu jemaah haji Malaysia menggunakan peluang berdoa di Arafah untuk kesejahteraan Palestin kerana nasib umat Islam itu sangat kritikal dan perlukan bantuan doa seluruh umat Islam. Beliau juga mahu menggunakan pengalaman menunaikan rukun Islam kelima itu bagi menyeru lebih ramai peminat dan pengikut ke arah kebaikan dan bukannya untuk menambah populariti.
Industri akuakultur catat pengeluaran bernilai RM3.9 bilion pada 2023
Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur.