KUALA SELANGOR: Industri akuakultur negara berjaya mencatatkan kira-kira 492,680 tan metrik pengeluaran bernilai RM3.9 bilion pada tahun lepas, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.
Beliau berkata Jabatan Perikanan Malaysia juga ke arah meningkatkan sumbangan akuakultur perikanan negara dengan memfokuskan bagi pengeluaran akuakultur ikan Tilapia Gift, Tilapia Merah, Ikan Susu, Keli, Siakap, Patin, Lampam, Kelah, Udang Putih dan Udang Harimau.
"Dalam pameran di bawah segmen akuakultur sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah kali ini, Jabatan Perikanan Malaysia mempamerkan spesies udang harimau, udang putih, ikan kelah dan lampam yang menggunakan teknologi biofloc dan Amalan Pertanian Baik (myGAP) sektor perikanan.
"Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur melalui skim bantuan input akuakultur, biosekuriti, teknologi biofloc bagi akuakultur air tawar dan marin serta keperluan dan kepentingan myGAP," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.
Adnan berkata sepanjang program ini berlangsung pengunjung boleh melihat sendiri rupa bentuk ikan kelah dan udang serta memperolehi maklumat berhubung industri penternakan akuakultur bagi mendapatkan hasil yang lebih berkualiti.
Beliau berkata pameran kali ini turut memperkenalkan teknologi bioflok iaitu sistem akuakultur yang mengitar semula sisa nutrien sebagai makanan ikan.
"Melalui teknologi ini ia akan memudahkan penternak mengawal kualiti air, mengawal jangkitan penyakit seterusnya pengusaha akan dapat meningkatkan hasil akuakultur mereka.
"Selain itu, teknologi ini juga dapat meningkatkan hasil penternakan udang dengan menggunakan bahan aditif rawatan air yang mengandungi enzim, mikrob, mineral dan asid amino," katanya.
Dalam pada itu, Adnan turut berkata pada tahun ini Jabatan Perikanan Malaysia menyasarkan sejumlah 500,000 tan metrik pengeluaran akuakultur dengan purata pendapatan penternak akuakultur berjumlah RM3,800 sebulan.
Pogram tiga hari sehingga esok bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor khususnya.
Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur melalui skim bantuan input yang pelbagai. - Foto BERNAMA
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
Industri akuakultur catat pengeluaran bernilai RM3.9 bilion pada 2023
Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur.