KUALA LUMPUR:Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19 khususnya di hospital swasta.
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam satu kenyataan bersama memberitahu secara amnya, risiko berkaitan pandemik tidak dilindungi di bawah mana-mana pelan insurans dan takaful di seluruh dunia.
"Pengecualian itu berpunca daripada kesukaran menetapkan harga untuk perlindungan berkaitan peristiwa seperti pandemik yang mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup termasuk impak dan kos yang tidak dapat diduga. COVID-19 adalah pandemik; oleh itu ia tidak diinsuranskan/dilindungi di bawah manfaat insurans/takaful perubatan serta kesihatan.
"Bagaimanapun, sebagai tindak balas kepada keperluan segera negara semasa peringkat awal pandemik pada 2020, majoriti penginsurans hayat dan pengendali takaful telah menyediakan manfaat tambahan seperti pendapatan hospital harian yang akan dibayar kepada pemegang polisi/pemegang sijil yang terjejas," kata persatuan itu.
LIAM, PIAM dan MTA berkata industri itu menyokong perlindungan kepentingan pemegang polisi/pemegang sijil dan menyumbang kepada kejayaan perkongsian swasta serta awam dalam memenangi perjuangan menentang pandemik itu.
Industri ini, kata mereka, telah bertindak pantas dalam usaha untuk melaksanakan pelbagai langkah bantuan bagi membantu pemegang polisi/pemegang sijil menghadapi kesan kewangan daripada pandemik berkenaan.
Ini merangkumi penangguhan premium polisi/caruman takaful yang telah memberi faedah kepada lebih sejuta pemegang polisi/pemegang sijil membabitkan premium/caruman bernilai lebih RM1.6 bilion.
Dana Ujian COVID-19 (CTF) sebanyak RM8 juta telah ditubuhkan pada Mac 2020 bagi membolehkan pemegang polisi insurans perubatan dan kesihatan menjalani ujian saringan COVID-19.
Di samping usaha industri secara menyeluruh, syarikat insurans dan pengendali takaful secara individu juga telah melancarkan pelbagai skim untuk membantu pemegang polisi/pemegang sijil, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021

LIAM, PIAM dan MTA berkata industri itu menyokong perlindungan kepentingan pemegang polisi/pemegang sijil dan menyumbang kepada kejayaan perkongsian swasta serta awam dalam memenangi perjuangan menentang pandemik itu.

COVID-19: 1,555 kes baharu, enam kematian
Sebanyak 1,555 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 304,135 kes.

PKP tidak dilanjut, ini 5 tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Spa, refleksologi, urut, wellness termasuk perkhidmatan pedicure dan manicure dibenarkan.

Isu potong barisan dapatkan vaksin: Exco Kelantan akan buat laporan polis
Dakwaan yang tular di media sosial itu adalah satu berita yang tidak benar dan palsu sehingga mencemarkan imej serta pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

COVID-19: Kes pulih melebihi kes baharu di Sarawak
Sarawak mencatat 159 kes baharu COVID-19, lebih rendah berbanding 227 kes pulih COVID-19 dan dibenarkan discaj.

KPM perlu pertimbang untuk selaraskan jadual peperiksaan utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan cadangan untuk penyelarasan semula peperiksaan utama di Malaysia.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 02 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 02 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893173/6918180781614680447649_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 02 Mac 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Denda RM10,000 hanya kepada mereka yang melakukan kesalahan berulang
Jika anda melakukan kesalahan anda tidak semestinya akan dikenakan jumlah maksima iatu sebanyak RM10,000

Majlis sosial di kawasan PKPB dan PKPP kini dibenarkan
Majlis perkahwinan, doa selamat, majlis hari jadi sudah dibenarkan namun perlu patuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN

Zoo, akuarium, muzium, dan galeri seni dibenarkan beroperasi
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri, turut menyatakan bahawa Spa dan rumah urut sudah boleh beroperasi.

Selangor, W.P KL, Johor dan Pulau Pinang tukar kepada status PKPB
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismali Sabri turut menyatakan bahawa negeri Melaka, Pahang, W.P Putrjaya,W.P Labuan ,Terengganu, dan Sabah bertukar status PKPB kepada PKPP bermula 5 Mac sehingga 18 Mac. #HapusCOVID19 #DisiplinMalaysia

Biden rombak dasar penjagaan kesihatan Trump
Dua perintah eksekutif ditandatangani sebagai langkah 'memperbaiki kerosakan' pentadbiran Trump terhadap sektor penjagaan kesihatan.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

Ibu tunggal didakwa menyamar ejen insurans tipu lebih RM700,000
Tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Perkeso gesa majikan tidak abai caruman pekerja warga emas
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggesa majikan supaya tidak mengabaikan caruman insurans ke atas pekerja berusia lebih 60 tahun.

Hari AIDS Sedunia: MAC berharap syarikat insurans dapat tanggung kos rawatan
Rundingan masih berterusan dan ini salah satu usaha untuk tidak diskriminasi penyakit ini serta sebagai langkah kurangkan beban ditanggung kerajaan

'Adjuster' insurans berang isu tuntutan, bakar lima kenderaan
Gara-gara tidak puas hati dengan syarikat insurans berikutan urusan tuntutan, seorang pelaras insurans bertindak membakar lima buah kenderaan di Jalan PJU/1A/1 Ara Damansara di sini, pada Jumaat.

Majikan perlu lebih masa untuk patuhi Akta Perumahan Pekerja - MEF
Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata kerajaan perlu mengambil kira keadaan semasa dan tidak menghukum majikan kerana tidak mematuhi akta tersebut.

Payah bagi OKU dapatkan produk takaful, insurans yang bagus
Sekarang adalah masa yang tepat untuk penyedia perkhidmatan takaful ambil peluang memudahkan golongan OKU mendapatkan perlindungan insurans.

Lebih 1,000 pekerja Malindo Air mohon Skim Insurans Pekerja
Saravanan berkata, daripada jumlah itu, seramai 749 pemohon diberikan bantuan SIP dengan nilai keseluruhan sebanyak RM928,000.

i-Sinar pilihan terbaik kepada golongan bersasar, kata ahli ekonomi
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata skim itu bertujuan membantu golongan terjejas yang kehilangan pekerjaan dan menerima pemotongan gaji.