Kadar pengangguran di negara ini terus mencatatkan peningkatan akibat penularan wabak COVID-19.
Jabatan Statistik Malaysia menerusi Kajian Statistik Ekonomi Malaysia pada suku pertama tahun 2020 mendapati kadar pengangguran meningkat kepada 3.9 peratus berbanding 3.5 peratus sebelum ini.
Bagaimanapun, menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, lebihan tenaga kerja di industri yang terjejas boleh diserap ke dalam industri perkhidmatan penting.
Ia sekali gus dapat mengurangkan jurang kemahiran yang dihadapi setiap pekerja dalam meningkatkan kebolehpasaran dan kemampuan setiap tenaga kerja.
"Melangkah ke hadapan, diperlukan polisi pasaran buruh yang dinamik untuk mengatasi ketidakseimbangan pasaran buruh ini.
"Lebihan tenaga kerja di industri yang terjejas seperti tempat tinggal dan runcit perlu disalurkan semula ke industri yang telah menyaksikan lonjakan permintaan buruh untuk memaksimumkan produktiviti," katanya.
Menurutnya, dalam jangka masa pendek, kekurangan tenaga kerja diramalkan dalam industri perkhidmatan penting iaitu kesihatan, pertanian dan makanan.
Ini kerana, wujud permintaan meningkat dalam industri ini.
"Oleh itu, sektor-sektor ini berpotensi untuk menyerap tenaga kerja yang menghadapi kehilangan pekerjaan" tambahnya.
Demi memastikan setiap tenaga kerja dapat menyesuaikan kemahiran mereka, Mohd Uzir berkata, pelbagai latihan dari agensi kerajaan boleh digunakan sepenuhnya.
Ia termasuk latihan yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Untuk rekod, sebanyak 15.8 juta tenaga pekerja di negara ini merangkumi 68.8 peratus tenaga buruh.
Fareez Azman
Sun May 31 2020

MOHD UZIR: Lebihan tenaga kerja di industri yang terjejas seperti tempat tinggal dan runcit perlu disalurkan semula ke industri yang telah menyaksikan lonjakan permintaan buruh untuk memaksimumkan produktiviti. - Gambar fail

AWANI Ringkas: jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat ditubuhkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan - Dr Adham
Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini.

Tanah mendap seluas 50,000 meter persegi di Shah Alam, 67 orang dipindahkan
Seramai 67 pekerja daripada dua syarikat di Bestari Jaya dekat sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang selepas berlaku tanah mendap.
![AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/24661240921610801970234/1885832_10096175011610802902019_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - @KKMPutrajaya arah NPRA nilai semula vaksin Pfizer-BioNTech. - Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuh. - Kenapa @shahidan_kassim selar @anwaribrahim? #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

#AgendaAWANIAsia: Vaksin #COVID19: Hak Untuk Semua
Perkembangan semasa dalam usaha vaksinasi COVID-19 di negara serantau menjadi tumpuan ketika ini. Apa signifikan solidariti masyarakat antarabangsa bagi memastikan penyediaan vaksin COVID-19 tidak meminggirkan mana-mana pihak? Diskusi dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini hanya di Astro AWANI saluran 501 & astroawani.com/live-tv

Samsung | Siri Galaxy S21 5G ungguli pasaran peranti pintar
Penggemar jenama telefon pintar terkemuka, Samsung kini boleh membuat pra tempahan untuk peranti kelas perdana terbaharu iaitu Siri Samsung Galaxy S21 5G. Diperkenalkan kepada pasaran dalam majlis pelancaran secara maya pada Khamis, siri kali ini hadir dengan tiga variasi berbeza iaitu samsung Galaxy S21 5G, S21 Plus 5G dan S21 Ultra 5G.

Sriwijaya Air | Pasukan Amerika Syarikat sertai siasatan
Pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) tiba di Tanjong Priok, Jakarta pada Sabtu bagi menyertai siasatan nahas pesawat Sriwijaya Air.

COVID-19: NADMA naik taraf PKRC MAEPS, sedia buka ikut zon
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Hussein Omar Khan berkata, langkah itu bagi mengurangkan jumlah pesakit di hospital susulan jangkitan kes yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Darurat: Cadangan Anwar tergesa-gesa, tidak wajar
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan membatalkan proklamasi darurat disifatkan sebagai tergesa-gesa dan tidak wajar dilakukan.

Vaksin COVID-19: NPRA diarah lakukan penilaian risiko
Kementerian Kesihatan mengarahkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk meneliti dan membuat penilaian terhadap vaksin buatan Pfizer-BioNTech.

PKP 2.0 dan Proklamasi Darurat pendekatan dualistik pulih kesihatan, ekonomi
Jangkaan kesan ekonomi akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 yang lebih bersasar mendapat pelbagai reaksi.

Suspek sunting video hina lagu Indonesia Raya disyaki warga seberang - KPN
Maklumat diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia di Sabah yang juga salah seorang suspek kes itu.

Saham Sime Darby Plantation susut 2.13 peratus berikutan sekatan oleh AS
Sehingga 9.56 pagi, Sime Darby Plantation susut 11 sen kepada RM5.06, dengan 70,400 saham diniagakan.

CBP Amerika Syarikat kenakan larangan produk sawit Sime Darby
CBP AS mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan Sime Darby Plantation Bhd.

Mayat kedua kes lemas di pantai di Marang ditemui
Mayat Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 6.30 petang.

UK dakwa terdapat bukti kukuh wujud buruh paksa di Xinjiang, China
Terdapat bukti yang kukuh dan menyusul bahawa wujudnya buruh paksa dalam kalangan Uighur Islam di wilayah Xinjiang di China, dakwa kerajaan Britain.

Buruh paksaan: FGV ambil langkah proaktif
FGV Holdings Bhd mengambil langkah proaktif dalam usaha membatalkan WRO sejak petisyen dikemukakan mengenai dakwaan menggunakan buruh paksa dalam penghasilan produk sawit.

Kadar pengangguran Oktober pada 4.7 peratus - Ketua Perangkawan
Kadar pengangguran meningkat 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 4.7 peratus pada Oktober 2020 dengan sejumlah 748.2 ribu orang penganggur.

Dewan Rakyat: Kadar pengangguran negara akan terus turun menjelang 2021
Data terkini Survei Tenaga Buruh menunjukkan kadar pengangguran menurun kepada 4.6 peratus, dengan bilangan penganggur seramai 737,500 orang.

Hanya 30 peratus daripada 24,000 syarikat patuh Akta 446
Hanya 30 peratus daripada 24,000 majikan yang menyediakan penginapan buat pekerja asing mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).