awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat letupan di Gaza, Israel teruskan operasi darat

Agensi
Agensi
19/09/2025
06:21 MYT
Empat letupan di Gaza, Israel teruskan operasi darat
Letupan besar yang menghasilkan bola api kelihatan memenuhi ruang udara Gaza pada pagi Jumaat. - Foto Reuters
GAZA: Sekurang-kurangnya empat letupan dilaporkan berlaku di ruang udara Gaza pada awal pagi Jumaat, dengan letupan besar yang menghasilkan bola api kelihatan memenuhi ruang udara wilayah itu.
Kereta kebal Israel dilihat mara melalui dua laluan utama menuju ke bandar Gaza pada Khamis, sementara talian komunikasi turut terputus selama beberapa jam.
Ini sekali gus memberi isyarat kemungkinan berlaku peningkatan dalam operasi darat oleh tentera Israel.
Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) semalam sekali lagi menggunakan kuasa vetonya bagi menggagalkan gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya gencatan senjata dilaksanakan di Gaza.
Tindakan badan keselamatan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sekali gus melindungi sekutunya Israel daripada tekanan diplomatik global supaya menghentikan perang di Gaza.
Semua 14 anggota lain UNSC menyokong resolusi yang dibentangkan pada Ogos lalu, susulan pengisytiharan rasmi PBB mengenai kebuluran selepas hampir dua tahun perang Israel terhadap Hamas di wilayah Palestin itu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Hamas
#Israel
#Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami