KUALA LUMPUR: Industri permainan video Malaysia dijangka menjana hasil sebanyak AS$649 juta (AS$ 1=RM4.78) pada 2024 selepas mencatatkan pertumbuhan ketara sejak kebelakangan ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata pasaran dijangka menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun stabil pada 7.55 peratus mulai 2024 hingga 2027, dengan unjuran jumlah pasaran sebanyak AS$807 juta menjelang 2027.
"Kerjasama amat penting. Industri permainan adalah bersifat global, pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
"Dengan bergabung tenaga, semua pihak boleh berkongsi pengetahuan, sumber, mencipta peluang termasuk memupuk budaya inovasi yang melampaui sempadan, menyatukan kami dalam mengejar kecemerlangan," katanya pada pelancaran Akademi Xsolla Curine di sini hari ini.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyerikan majlis tersebut dengan kehadiran baginda.
Kata Gobind lagi, kerajaan kekal komited untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada industri permainan seperti penawaran insentif kewangan serta rangka kerja kawal selia yang melindungi hak protokol Internet (IP).
Kementeriannya melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), komited bagi mengembangkan dan memupuk industri kandungan digital negara melalui beberapa pendekatan.
MDEC akan memudahkan pelaburan serta sokongan akses pasaran melalui penyertaan dalam Festival Annecy, Persidangan Pembangun Permainan Video dan Pertunjukan Permainan Video Tokyo.
Ia juga menyokong pertumbuhan IP, mengeram studio baharu dan program pembangunan kemahiran yang disasarkan seperti Program Inkubasi Kandungan Digital, penyampaian Geran Kandungan Digital dan Cabaran Pencipta Kandungan Digital.
Gobind berkata agensi itu juga akan membantu dalam membina jenama Malaysia melalui sokongan serta kepimpinan industri melalui penyelidikan serantau dan kertas kepimpinan pemikiran, persidangan serantau selain acara perniagaan seperti LEVEL UP KL, Kre8tif!, IMMERSE KL dan acara pengguna yang lebih meluas seperti Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF).
"Pelaburan dalam sektor kandungan digital di Malaysia telah berkembang daripada RM550 juta pada 2022 kepada RM1.6 bilion menjelang 2023, dan diunjurkan menghasilkan lebih 1,900 pekerjaan berpendapatan tinggi melalui syarikat berstatus 'Malaysia Digital'.
"Ini menunjukkan bahawa industri kreatif digital adalah pemacu pertumbuhan yang ketara dan terdapat banyak minat dalam industri itu," katanya.
Festival Kandungan Digital Malaysia yang dibuat secara tahunan adalah contoh utama pertumbuhan industri digital negara dengan peserta pameran meningkat daripada 80 pada festival pertama pada 2020 kepada 150 pada 2023. Ia menarik lebih 25,000 pengunjung tahun lepas, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
![Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713445650_TBGAMING.jpg)
Pencapaian dalam bidang industri permainan video memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara. - Gambar hiasan
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
![Sarawak berpotensi besar dalam industri permainan video global Sarawak berpotensi besar dalam industri permainan video global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720273933_TBWilsonUgakKumbong.jpg)
Sarawak berpotensi besar dalam industri permainan video global
Sarawak berpotensi besar dalam industri permainan video global dan menjadi hab bagi inovasi pembangunan permainan berkenaan.
![Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716691020_ActivisionBlizzard.jpg)
Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense.
![Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025 Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716015089_tbGrandTheftAuto.jpg)
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
![Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713445650_TBGAMING.jpg)
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
![Permainan video Upin & Ipin akan hadir ke konsol September ini Permainan video Upin & Ipin akan hadir ke konsol September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708921335_UpinIpin.jpg)
Permainan video Upin & Ipin akan hadir ke konsol September ini
PERMAINAN video Upin & Ipin akan dilancarkan di konsol permainan video pada bulan September depan.
![Sega tawar AS$776.5 juta untuk beli Rovio, pemilik Angry Birds Sega tawar AS$776.5 juta untuk beli Rovio, pemilik Angry Birds](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681726286_SegaRovioAngryB.jpg)
Sega tawar AS$776.5 juta untuk beli Rovio, pemilik Angry Birds
Syarikat permainan video Jepun Sega menawarkan EUR706 juta (AS$776.5 juta) untuk memperoleh Rovio, pemilik permainan mudah alih popular 'Angry Birds'.
![Saingan Liga Emas platform majukan, cungkil bakat e-sukan Saingan Liga Emas platform majukan, cungkil bakat e-sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659286002_AnanthSNathan.jpg)
Saingan Liga Emas platform majukan, cungkil bakat e-sukan
Ia juga bagi mewujudkan ekosistem e-sukan dalam melahirkan pelapis yang akan mewakili Malaysia pada masa hadapan.
![Gara-gara permainan video, anak sanggup tikam ibu sembilan kali sehingga maut Gara-gara permainan video, anak sanggup tikam ibu sembilan kali sehingga maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634207225_tikambunuh.jpg)
Gara-gara permainan video, anak sanggup tikam ibu sembilan kali sehingga maut
Suspek mengaku menyerang ibunya dengan pemberat tangan senaman pada bahagian kepala sebelum menikamnya.
![Macam 'keychain'', rupanya konsol permainan video terkecil di dunia 'Thumby' Macam 'keychain'', rupanya konsol permainan video terkecil di dunia 'Thumby'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634941684_Thumby.jpg)
Macam 'keychain'', rupanya konsol permainan video terkecil di dunia 'Thumby'
Konsol bersaiz luar biasa kecil juga telah memenangi Best in Show: Most Innovative Product di GDex Conference baru-baru ini.
![Double Eleven kukuhkan operasi di Malaysia dengan membina pejabat baharu di Kuala Lumpur Double Eleven kukuhkan operasi di Malaysia dengan membina pejabat baharu di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633935149_DoubleEleven.jpg)
Double Eleven kukuhkan operasi di Malaysia dengan membina pejabat baharu di Kuala Lumpur
Double Eleven telah bekerjasama dengan beberapa buah syarikat permainan video terbesar dunia dan juga gergasi teknologi global seperti Microsoft.