awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri solar, biodiesel perlu diperkasakan semula - Prof Jomo

Israr Khalid
Israr Khalid
07/12/2022
01:30 MYT
Industri solar, biodiesel perlu diperkasakan semula - Prof Jomo
Jomo berkata, kelihatan hampir tidak ada usaha serius untuk memajukan bidang biodiesel yang bersumberkan minyak kelapa sawit, sedangkan Malaysia adalah antara pengeluar terbesar produk berasaskan kelapa sawit di dunia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu kembali memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan semula industri solar dan biodiesel yang dilihat mempunyai potensi besar.
Menurut pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram, kedua-dua industri itu sebenarnya sudah dimulakan sejak lebih dua dekad lalu.
Namun, katanya, ia sekian lama diabaikan dan kini antara yang amat diperlukan di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, Malaysia merupakan pengeluar dan pengeksport terbesar panel solar tetapi hampir kesemua syarikat besar yang menerajui industri itu adalah syarikat asing.
“Bidang ini bukan terlalu canggih dan terlalu susah untuk diserapi, kalau kita lihat alat-alatnya tidak begitu sukar untuk dibuat.
“Sebuah kereta Proton misalnya memerlukan lebih daripada 4,000 bahagian sedangkan untuk satu panel solar hanya kurang daripada 200 bahagian,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Keadaan yang sama juga, jelas Jomo, dalam bidang biodiesel yang bersumber daripada minyak kelapa sawit, di mana perkara ini menurutnya sudah dibincangkan sejak dekad 80-an lagi.
Bagaimanapun, katanya, kelihatan hampir tidak ada usaha serius untuk memajukan dan mengembangkannya, sedangkan Malaysia adalah antara pengeluar terbesar produk berasaskan kelapa sawit di dunia.
Tegas beliau, pemerkasaan industri-industri berpotensi besar sedia ada ini merupakan langkah yang perlu diambil sebagai antara solusi untuk menggandakan pendapatan negara dalam usaha memulihkan ekonomi rakyat.
Industri solar, biodiesel perlu diperkasakan semula - Prof. Jomo
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Jomo Kwame Sundaram
#kelapa sawit
#industri solar dan biodiesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan