KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan kepada 3.3 peratus pada April 2023 berbanding 3.4 peratus pada Mac.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kenaikan inflasi di Malaysia kekal didorong Restoran dan Hotel (6.6 peratus) dan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (6.3 peratus).
Namun begitu, peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan Pengangkutan iaitu 2.3 peratus berbanding Mac 2023 (2.4 peratus), sedikit sebanyak mengimbangi inflasi Malaysia daripada terus meningkat lebih tinggi.
Selain itu, wajaran bagi kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (29.5 peratus), Pengangkutan (14.6 peratus) dan Restoran dan Hotel (2.9 peratus) yang meliputi 47 peratus daripada wajaran keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP) turut memberi impak ketara kepada kadar inflasi dan kos sara hidup.
Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia pada April 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (3 peratus); Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.5 peratus); Kesihatan (2.1 peratus) dan Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan (1.8 peratus). Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain serta Pendidikan masing-masing merekodkan kenaikan 1.6 peratus.
Kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP telah merekodkan peningkatan sederhana iaitu 6.3 peratus berbanding Mac 2023 pada 6.9 peratus.
Daripada 230 item Makanan dan Minuman, 84.3 peratus merekodkan kenaikan harga berbanding April 2022.
Komponen Makanan di rumah menyederhana kepada 5.0 peratus pada April 2023 berbanding 5.6 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya.
Najib Aroff
Fri May 26 2023

Peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan Pengangkutan sedikit sebanyak mengimbangi inflasi Malaysia daripada terus meningkat lebih tinggi. - Gambar hiasan

Tandas awam Plaza Tol Tapah ditutup esok sehingga 11 Ogos
Tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup selama dua bulan mulai esok hingga 11 Ogos bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf kemudahan tersebut.

Wan Saiful mohon ketepikan tuduhan kes rasuah
Wan Saiful memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya.

Harga petrol RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM3.35 seliter kepada RM3.37 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jun.

Isu air di UMS, Anwar umum peruntukan RM3 juta
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ujian rintis 'SmartLane' di Lebuhraya ELITE bermula esok, bantu lancar trafik USJ-Seafield - PLUS
Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos.

Zahid gesa SKMM pantau hantaran isu agama, perkauman oleh pemimpin politik
Dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati sememangnya ada pemimpin politik yang cuba menyentuh isu sensitif itu di media sosial.

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Angkasawan persendirian AS tamat misi, pulang ke bumi
Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Beberapa jalan utama di P.Pinang akan ditutup pada 3 dan 4 Jun ini
Penutupan jalan-jalan utama akan dilakukan pada 3 Jun bermula 12 malam hingga 4 Jun pada 1 tengah hari.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia turun -3.0 peratus pada April 2023 - DOSM
Penguncupan IHPR bagi April disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan, kata DOSM dalam satu kenyataan hari ini.

Pulau Pinang, Johor dan Selangor penyumbang utama eksport bagi April 2023
Eksport negara mencatat RM105.4 bilion manakala import RM92.6 bilion, menjadikan jumlah perdagangan mencecah RM198 bilion bagi April 2023.

Harga eksport Malaysia turun 0.5 peratus pada April 2023
DOSM menyatakan indeks nilai seunit import turut susut 0.8 peratus kepada 128.2 mata daripada 129.2 mata.

Inflasi April perlahan pada 3.3 peratus
Kenaikan inflasi di Malaysia kekal didorong Restoran dan Hotel (6.6 peratus) dan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (6.3 peratus).

KIR miskin tegar berdaftar berkurang dalam 6 bulan lalu - Hanifah Hajar
Jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar berdaftar berkurang daripada 124,744 kepada 118,217 KIR bagi tempoh 15 Disember 2022 hingga 15 Mei lalu.

Tinjauan perniagaan Malaysia kekal positif enam bulan akan datang - Perangkaan
Tinjauan perniagaan Malaysia dilihat kekal positif dalam tempoh enam bulan akan datang dari April hingga September 2023.

Pengkalan Kota DUN terkecil dengan kepadatan penduduk tertinggi - DOSM
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota di Pulau Pinang merupakan DUN terkecil dengan kepadatan penduduk tertinggi berjumlah 21,061 orang dalam setiap kilometer persegi.

Momentum perdagangan Malaysia dijangka bertambah baik pada awal separuh kedua - RHB Research
Momentum perdagangan Malaysia dijangka menunjukkan tanda-tanda peningkatan pada awal separuh kedua tahun ini berdasarkan pemulihan ekonomi global, kata RHB Research.

Produktiviti buruh catat pertumbuhan 2.1 peratus suku pertama 2023
Produktiviti buruh Malaysia yang dinyatakan sebagai nilai ditambah per jam bekerja mencatatkan pertumbuhan 2.1 peratus pada suku pertama (S1) 2023.

Kelahiran hidup meningkat 8.9 peratus pada suku pertama 2023
Jumlah kelahiran hidup di Malaysia meningkat bagi suku pertama 2023 dengan 111,604 kelahiran atau 8.9 peratus direkodkan berbanding suku pertama 2022 dengan 102,466 kelahiran.