awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi keseluruhan kekal sederhana bawah 3.0 peratus pada 2025 - BNM

Bernama
Bernama
16/05/2025
10:19 MYT
Inflasi keseluruhan kekal sederhana bawah 3.0 peratus pada 2025 - BNM
Abdul Rasheed berkata unjuran baharu bagi julat inflasi kemungkinan akan diumumkan apabila bank pusat menilai semula unjuran terkini KDNK dalam masa terdekat. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka kekal sederhana di bawah paras tiga peratus pada 2025, memandangkan keadaan kos global yang terus menyusut serta ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
Bagaimanapun, beliau berkata unjuran baharu bagi julat inflasi kemungkinan akan diumumkan apabila bank pusat menilai semula unjuran terkini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam masa terdekat.
"Harga komoditi global yang terus menjadi sederhana dijangka menyumbang kepada persekitaran kos yang lebih stabil.
"Dalam persekitaran yang lebih baik ini, kesan keseluruhan daripada pelaksanaan dasar domestik yang diumumkan terhadap inflasi dijangka terhad," katanya pada sidang media berkaitan prestasi KDNK Malaysia bagi suku pertama 2025 hari ini.
Dari segi luaran, risiko terhadap inflasi boleh berpunca daripada ketidaktentuan global, terutamanya harga komoditi dan pasaran kewangan, selain dasar perdagangan antara negara ekonomi utama yang boleh mempengaruhi hala tuju inflasi, katanya.
Dari aspek domestik, Abdul Rasheed berkata prospek inflasi bergantung kepada kesan keseluruhan pelaksanaan reformasi dasar dalam negara, khususnya penstrukturan semula subsidi.
Pada suku pertama 2025, inflasi keseluruhan mencatat penurunan kepada 1.5 peratus, manakala inflasi teras meningkat kepada 1.9 peratus, didorong oleh penurunan inflasi utiliti dan perkhidmatan mudah alih, yang sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan inflasi sewa.
"Penurunan inflasi keseluruhan sejajar dengan persekitaran kos yang semakin reda. Perkembangan ini mencerminkan kesan dasar domestik sebelum ini yang semakin berkurangan, yang menurunkan inflasi utiliti serta inflasi perkhidmatan mudah alih di tengah-tengah pengurangan harga untuk pelan pasca bayar terpilih.
"Sebaliknya, inflasi teras meningkat sedikit pada suku ini akibat kenaikan kadar sewa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#inflasi Malaysia
#Gabenor Bank Negara Malaysia
#Abdul Rasheed Ghaffour
#kos global yang terus menyusut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami