awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi Malaysia meningkat secara perlahan pada Februari - DOSM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/03/2025
04:10 MYT
Inflasi Malaysia meningkat secara perlahan pada Februari - DOSM
Mohd Uzir berkata, kenaikan harga dalam kategori makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus kepada keseluruhan wajaran IHP, kekal pada kadar 2.5 peratus. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia meningkat secara perlahan sebanyak 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan terbaharunya mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) Februari 2025 menyatakan bahawa kenaikan ini dipacu oleh peningkatan lebih perlahan dalam beberapa kumpulan utama perbelanjaan.
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain mencatat kenaikan sebanyak 2.3 peratus, manakala kumpulan rekreasi, sukan dan kebudayaan meningkat 1.5 peratus.
"Sektor kesihatan pula naik sebanyak 1.0 peratus, pengangkutan meningkat 0.7 peratus, dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah meningkat 0.3 peratus.
"Namun begitu, kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan; pendidikan; serta insurans dan perkhidmatan kewangan menunjukkan peningkatan lebih tinggi berbanding Januari 2025," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, kenaikan harga dalam kategori makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus kepada keseluruhan wajaran IHP, kekal pada kadar 2.5 peratus.
Beliau turut memaklumkan, dalam kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, peningkatan lebih rendah pada 2.3 peratus didorong oleh penyelenggaraan rumah dan sewa kediaman yang meningkat 2.3 peratus.
Bagi sektor Pengangkutan, kenaikan perlahan sebanyak 0.7 peratus disebabkan oleh penurunan dalam perkhidmatan pengangkutan awam (-8.2%).
Namun, harga diesel meningkat kepada RM3.18 seliter di Semenanjung Malaysia berbanding RM2.15 seliter pada Februari 2024.
Beberapa negeri mencatat kadar inflasi melebihi purata nasional 1.5 peratus, termasuk Johor (2.1%), Sarawak (1.9%), Selangor (1.9%), dan Melaka (1.6%).
Inflasi dalam kumpulan makanan dan minuman turut menunjukkan peningkatan tertinggi di Selangor (3.5%), diikuti Negeri Sembilan (3.1%) dan Johor (2.9%).
Bagi perbandingan antarabangsa, kadar inflasi Malaysia (1.5%) lebih rendah berbanding Vietnam (2.9%) dan Filipina (2.1%), namun lebih tinggi daripada Thailand (1.1%), Indonesia (-0.1%), dan China (-0.7%).
Topic Berkaitan
#Inflasi
#DoSM
#Mohd Uzir Mahidin
#perbelanjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan