awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
PSG, Miami, Palmeiras, Botafogo layak ke pusingan 16 Piala Dunia Kelab
DUNIA
'Jangan gugurkan bom!' - Trump beri amaran agar Israel hentikan serangan
DUNIA
Operasi penerbangan disambung semula di Qatar, Bahrain dan Kuwait
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Inflasi Mei 2025 catat 1.2 peratus, terendah sejak 2020

Nina Rozman
Nina Rozman
24/06/2025
04:45 MYT
Sponsor Banner
Inflasi Mei 2025 catat 1.2 peratus, terendah sejak 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, mata indeks harga pengguna (IHP) meningkat kepada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan sama tahun sebelumnya. - Gambar hiasan Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kadar inflasi hanya 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan sejak 2020.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, mata indeks harga pengguna (IHP) meningkat kepada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan sama tahun sebelumnya.
Penurunan kadar inflasi ini konsisten dengan trend global yang turut mencatatkan peningkatan perlahan, selaras dengan penyusutan harga minyak dunia.
Negara seperti Eurozone dan Korea Selatan masing-masing merekodkan inflasi 1.9 peratus, Indonesia (1.6 peratus) dan Filipina (1.3 peratus).
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, indeks harga pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan menurun 3.4 peratus pada April 2025, dipacu oleh sektor perlombongan yang merosot 17.8 peratus.
“Ini didorong terutamanya oleh penurunan dalam pengekstrakan petroleum mentah (-19.8 peratus)
“Kumpulan makanan dan minuman, yang menyumbang hampir satu pertiga daripada wajaran IHP, hanya meningkat 2.1 peratus pada Mei, perlahan berbanding April (2.3 peratus)”, katanya.
Inflasi untuk subkumpulan makanan di rumah kekal sifar, menunjukkan harga barangan asas terkawal.
Penurunan ketara berlaku pada sayur-sayuran (-5.5 peratus), susu & produk tenusu (-1.9 peratus) dan daging (-0.3 peratus).
Bagaimanapun, makanan di luar rumah terus meningkat sedikit kepada 4.4 peratus, mencerminkan peningkatan kos bahan mentah dan perkhidmatan di sektor F&B.
Beberapa kumpulan merekodkan peningkatan lebih perlahan:
• Penjagaan diri, perlindungan sosial & barangan pelbagai: 3.7 peratus (April: 4.1 peratus)
• Perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain: 1.7 peratus (April: 2.0 peratus)
• Rekreasi & kebudayaan: 0.9 peratus (April: 1.3 peratus)
• Minuman alkohol & tembakau: 0.6 peratus (April: 0.8 peratus)
Sementara itu, terdapat juga kumpulan yang mencatat peningkatan lebih tinggi seperti:
• Restoran & penginapan: 3.0 peratus
• Kesihatan: 1.1 peratus
• Penyelenggaraan isi rumah: 0.2 peratus
Harga diesel meningkat 12.4 peratus berbanding tahun lalu, dengan purata harga di Semenanjung mencecah RM2.81 seliter.
Namun begitu, harga RON97 terus menurun (-10.4 peratus), mencerminkan penyelarasan pasaran global.
Sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar inflasi di bawah paras nasional, dengan Kelantan terendah pada 0.3 peratus.
Negeri seperti Johor (1.8 peratus), Negeri Sembilan (1.6 peratus), dan Selangor (1.5 peratus) pula melepasi paras purata negara.
Semua negeri mencatatkan peningkatan harga dalam kumpulan makanan & minuman.
Ketua Perangkawan menjelaskan, walaupun 59.7 peratus item mencatatkan peningkatan harga, lebih 96 pertaus daripada kenaikan itu adalah di bawah 10 peratus, menandakan tekanan inflasi masih terkawal.
Secara bulanan, inflasi meningkat 0.1 peratus berbanding April 2025, dengan penyumbang utama termasuk:
• Restoran & penginapan: +0.4 peratus
• Perumahan & utiliti: +0.3 peratus
• Kesihatan & pendidikan: +0.2 peratus
Inflasi teras turut menyederhana kepada 1.8 peratus (April: 2.0 peratus), menandakan kestabilan struktur harga secara keseluruhan.
Topic Berkaitan
#Inflasi
#Indeks Harga Pengguna
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#harga minyak dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami