awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi Thailand catat tahap tertinggi dalam 13 bulan pada Mei

Bernama
Bernama
07/06/2024
15:10 MYT
Inflasi Thailand catat tahap tertinggi dalam 13 bulan pada Mei
Inflasi pada Mei kembali berada dalam julat sasaran Bank of Thailand iaitu satu hingga tiga peratus buat kali pertama sejak April 2023. - Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Inflasi di Thailand meningkat untuk bulan kedua berturut-turut pada Mei, mencatat kadar tertinggi dalam 13 bulan disebabkan oleh kenaikan harga tenaga dan harga produk pertanian yang lebih tinggi akibat cuaca panas yang melampau, menurut data rasmi yang diumumkan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Indeks harga pengguna (CPI) melonjak 1.54 peratus bulan lepas berbanding tahun sebelumnya, meningkat daripada kenaikan 0.19 peratus pada April, menurut Kementerian Perdagangan.
Inflasi pada Mei kembali berada dalam julat sasaran Bank of Thailand iaitu satu hingga tiga peratus buat kali pertama sejak April 2023.
CPI teras, yang tidak termasuk harga makanan mentah dan tenaga, meningkat 0.39 peratus tahun ke tahun pada Mei, sedikit meningkat daripada kenaikan 0.37 peratus pada bulan sebelumnya.
Bagi lima bulan pertama 2024, CPI menurun sebanyak 0.13 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Poonpong Naiyanapakorn, Ketua Pengarah Pejabat Dasar dan Strategi Perdagangan kementerian.
Inflasi dijangka meningkat pada kadar yang lebih perlahan pada Jun berikutan langkah kerajaan untuk mengurangkan tarif elektrik, serta penurunan harga produk pertanian berikutan bermulanya musim hujan, kata Poonpong pada satu sidang media.
Beliau juga menyatakan bahawa kementerian mengekalkan unjuran CPI untuk 2024 pada sifar hingga satu peratus.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Inflasi
#unjuran CPI
#produk pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan