KISAH penipuan atas talian semakin berleluasa saban hari. Ini kerana, masih ada lagi pihak yang tidak cakna dan mudah terpedaya dengan tawaran yang terlalu baik untuk menjadi kenyataan.
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Nasri menceritakan pengalamannya bahawa dia dan suaminya berputih mata selepas RM10,000 di dalam akaun banknya lesap kerana terpedaya dengan pembelian kotak TV penstriman yang tidak sah.
Menerusi perkongsian di Facebook, dia pada awalnya bercadang untuk menamatkan langganan Astro dan berpindah kepada perkhidmatan IPTV yang diiklankan di laman media sosial.
“Kejadian berlaku pada 10 Ogos lepas apabila saya cuba mencari aplikasi perkhidmatan IPTV kerana kononnya ingin menamatkan langganan Astro, kerana jarang menonton Astro di rumah.
“Saya cuba cari aplikasi tersebut di Facebook dan terjumpa akaun pemilik ‘Premium TV 5G’, namun sekarang halaman tersebut tidak dijumpai mungkin sudah ada yang membuat laporan.
“Sebaik saya memulakan perbualan dengan penjual tersebut, individu itu memberikan satu aplikasi untuk saya muat turun menerusi WhatsApp,” katanya.
Namun, disebabkan aplikasi tersebut tidak boleh dimuat turun oleh telefon pintarnya, dia menghantar aplikasi tersebut ke nombor suaminya untuk tujuan pendaftaran dan pembayaran.
“Selepas mendaftar, kami cuba membuat pembayaran menggunakan platform perbankan dalam talian namun cubaan tidak berjaya selepas dua kali.
“Saya cuba pula menggunakan akaun milik suami, namun masih juga tidak berjaya lalu kami membiarkannya sahaja.
“Kemudian pada 11 Ogos kira-kira jam 10 malam, saya mendapati wang di dalam akaun bank saya telah hilang dan didapati saya telah membuat dua kali transaksi ke akaun suami saya sebanyak RM5,000,” tambahnya.
BACA: Pengguna penstriman haram terdedah kepada risiko kebocoran data peribadi - JSJK
Aisyah kemudian menghubungi bank berkenaan dan pegawai bertugas bertanya sama ada dia ada memuat turun sebarang aplikasi, dan dari situlah dia dapat menghidu bahawa dia telah ditipu.
“Memang saya sudah kena ‘scam’, aplikasi itu mempunyai kandungan ‘malware’ kerana apabila kami cuba membuat pembayaran, dari situ ‘scammer’ itu dapat mengesan kata laluan platform perbankan kami.
“Rupanya apabila suami membuat pencarian berkaitan sindiket aplikasi perkhidmatan IPTV ini, ia bukan sesuatu yang baru,” jelas Aisyah yang reda dengan nasib yang ditimpanya.
Industri penyiaran negara mengalami kerugian lebih RM3 bilion setahun akibat aktiviti penstriman haram dan cetak rompak.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din, orang ramai juga sebenarnya tidak sedar bahawa mereka terdedah kepada kebocoran data peribadi menerusi penggunaan penstriman haram.
Penstriman haram adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun ataupun kedua-duanya sekali
Faris Danial Razi
Wed Aug 24 2022
Aisyah berkata, mereka mendapati kegiatan sindiket aplikasi perkhidmatan IPTV bukan sesuatu yang baharu selepas membuat pencarian di Internet. - Gambar hiasan
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
Syarikat satelit TV Indonesia IPTV lebarkan sayap ke Malaysia tahun ini
Anak syarikat konglomerat MNC Group yang beribu pejabat di Jakarta Pusat itu mempunyai lebih 11.5 juta pelanggan di Indonesia.
Ingin jimat, suami isteri rugi RM10,000 kerana aplikasi IPTV
Dia bercadang untuk menamatkan langganan Astro dan berpindah kepada perkhidmatan IPTV yang diiklankan di laman media sosial.
Astro-Maxis IPTV tawar pelan lebih berbaloi serendah RM89
Pelanggan boleh menikmati 30Mbps pada RM89 sebulan atau 100Mbps pada RM129 sebulan, untuk pakej saluran Astro serendah RM39.95 sebulan.