awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar PKP: Kadar kompaun biar munasabah, sesuai dengan tempat dan keadaan - Armada Bersatu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/02/2021
07:38 MYT
Ingkar PKP: Kadar kompaun biar munasabah, sesuai dengan tempat dan keadaan - Armada Bersatu
Mohamad Siddiq berkata, kadar munasabah itu perlu mengikut kesesuaian tempat dan keadaan, selaras dengan niat dan matlamat pematuhan SOP bagi mengawal penularan COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Biarpun kadar denda bagi mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak melebihi RM10,000, Armada Bersatu berharap agar kompaun yang dikenakan adalah pada kadar munasabah.
Pengerusi Biro Undang-undang Armada, Mohamad Siddiq Azani berkata, kadar munasabah itu perlu mengikut kesesuaian tempat dan keadaan, selaras dengan niat dan matlamat pematuhan SOP bagi mengawal penularan COVID-19.
Pada masa yang sama, beliau berkata, orang ramai juga perlu mengambil maklum hak mereka untuk membuat rayuan di mahkamah sekiranya tidak mampu membuat bayaran kompaun.
“Sebagai contoh, sekiranya seseorang dikompaun sebanyak RM1,000, dia masih boleh membuat rayuan di mahkamah dan mahkamah, atas budi bicara boleh memberi pengurangan denda tersebut bergantung kepada keadaan khas dan berdasarkan kepada fakta kes.
“Armada berharap pihak berkuasa juga dapat menggunakan budi bicara sebelum mengenakan kompaun kepada orang awam bersesuaian dengan keadaan dan lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan pada 26 Feb lepas, , individu yang melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.
BACA: Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara.
Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.
Mengulas lanjut, Mohamad Siddiq berkata, mana-mana pihak yang memerlukan nasihat lanjut boleh menghubungi Biro Undang-Undang Armada Bersatu menerusi Facebook Armada Bersatu Malaysia.
Topic Berkaitan
#Mohamad Siddiq
#Armada Bersatu
#kompaun PKP
#ingkar PKP
#denda
#munasabah
#Warta Kerajaan
#darurat
#penyakit berjangkit
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#pandemik
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan