awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini bukan tentang politik saja' - Nurul Izzah tolak pelawaan debat

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/05/2025
16:15 MYT
'Ini bukan tentang politik saja' - Nurul Izzah tolak pelawaan debat
Kata Nurul Izzah, tumpuannya kini adalah menyantuni perwakilan dan tidak mahu fokus kepada berpolitik semata-mata. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menolak pelawaan untuk berdebat oleh penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Kata Nurul Izzah, tumpuannya kini adalah untuk menyantuni perwakilan dan tidak mahu memfokuskan pemilihan tersebut kepada berpolitik semata-mata.
"Kita nak kurangkan ketegangan kerana pada kami, keutamaan adalah untuk menyantuni perwakilan.
"Saya sendiri ada program dengan Wanita dan anak muda, jadi saya tak mahu tertumpu kepada politik saja. Ini bukan tentang berpolitik sahaja tetapi tentang penglibatan dengan semua bahagian kita," katanya ketika ditemui selepas Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor, pada Rabu.
Terdahulu, Rafizi menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Nurul Izzah bagi meredakan suhu yang panas dalam kalangan penyokong kedua-dua tokoh muda parti tersebut ketika ini.
Media sebelum ini melaporkan, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Prasanth Kumar Brakasam mencadangkan supaya kedua-dua tokoh muda parti itu berdebat secara terbuka.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah
#Rafizi Ramli
#PKR
#debat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan