awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini peluang saya bersihkan nama' - Najib

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2018
06:30 MYT
'Ini peluang saya bersihkan nama' - Najib
Pada 20 September lalu, Najib didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pendakwaan pengubahan wang haram dan rasuah terhadapnya akan mengehadkan peluangnya menjelaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar.
Bagaimanapun, kata Najib, pendakwaan itu juga merupakan peluang untuk beliau membersihkan nama di mahkamah.
"InsyaAllah ... saya akan membersihkan nama saya tidak lama lagi di dalam mahkamah.
"Dengan kehakiman negara yang adil dalam menegakkan kebenaran, saya amat yakin bahawa ini peluang terbaik untuk menghentikan isu RM2.6 bilion yang sudah berlarutan bertahun-tahun ini buat sekian kalinya dan untuk selama-lamanya," katanya di laman Facebook hari ini.
Pada 20 September lalu, Najib didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 25 pertuduhan termasuk empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah hampir RM2.3 bilion.
Bagi kesalahan rasuah, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM manakala 21 lagi pertuduhan tersebut adalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dengan cara menerima, menggunakan dan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#AMLATFA 2001
#Facebook
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
#Malaysia Baharu
#Najib Razak
#SPRM
#wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan