Inilah ASEAN sebenar! Ultras Malaya berpesta di jalanan Hanoi, warga tempatan sambut mesra

Shafizan Johari
Disember 16, 2018 02:41 MYT
Penyokong Malaysia diraikan dengan mendapat tepukan dan sorakan walaupun pasukan Malaysia gagal meraih kejuaraan.
NETIZEN memuji layanan yang diberikan rakyat Vietnam terutamanya penyokong pasukan bola sepak kebangsaannya yang memberikan layanan terbaik kepada penyokong Harimau Malaya yang bertandang ke Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh stesen radio Era, ia menunjukkan penyokong Malaysia diraikan sebagai 'hero' dengan mendapat tepukan dan sorakan walaupun pasukan Malaysia gagal meraih kejuaraan.
Terdahalu, Ultras Malaya yang bertandang ke Hanoi turun ke jalanan bagi memeriahkan suasana di ibu negara Vietnam berkenaan.
Dalam satu muat naik ke Twitter @ultrasmalaya07, menunjukkan suasana gegak gempita yang dicipta 'ekor-ekor' Harimau Malaya lantas menjadikan Hanoi ibarat sebuah pesta.
Suasana itu menarik perhatian orang awam di kawasan itu termasuk pelancong Barat, yang turut tidak melepaskan peluang merakamkan video dan gambar dengan telefon masing-masing.

Street party before we went to the stadium#EkorOnTour#FinalInvasion pic.twitter.com/6gxfEyecCJ

— UM07 (@ultrasmalaya07) December 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut menyertai Ultras Malaya ialah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memuat naik fotonya yang menutup bahagian muka menggunakan mafela.
Dalam perlawanan akhir kedua itu, Harimau Malaya tidak berupaya menyerlahkan potensi sebenarnya apabila terpaksa akur dengan keunggulan Naga Emas yang gah sebagai Raja Asia Tenggara yang baharu.
Malaysia tewas 0-1 (agregat 2-3) kepada Vietnam dalam perhitungan terakhir yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu, sekali gus terlepas peluang untuk membawa pulang gelaran untuk seluruh penyokong negara.
#AFF Suzuki Cup #bola sepak #Ekor #harimau Malaya #Ultras Malaya #Vietnam #WeBelangTogether