awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inilah kekuatan masjid...

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
02/02/2018
08:10 MYT
Inilah kekuatan masjid...
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika dalam Majlis Penyerahan Masjid Tun Teja
Masjid perlu sentiasa diimarahkan dengan meluaskan perananannya bagi melahirkan umat Islam yang sederhana, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Selain daripada sebagai pusat ibadah dan kerohanian, masjid perlu meluaskan peranan sosialnya dalam menjamin kesejahteraan umat,” jelasnya.
Bercakap dalam Majlis Penyerahan Masjid Tun Teja, beliau berkata, nilai-nilai murni Islam perlu disemai melalui program pengimarahan masjid.
“Pengimarahan masjid dapat melahirkan umat Islam yang sederhana dan seimbang melalui pelbagai aktiviti bagi menolak fahaman ekstremis,” katanya lagi.
Beliau turut berkata, institusi masjid perlu memainkan peranan sosial kepada masyarakat dalam aspek perlindungan, makanan asas yang sihat dan rawatan kesihatan yang berkualiti.
Memegang prinsip ‘rahmatan lil alamin’ dalam Islam, beliau mengharapkan masjid mampu membuktikan Islam sebagai agama yang penyayang dengan mengamal sikap belas kasihan dan empati terhadap masyarakat.
Dalam masjid tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri Selangor dan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas pembinaan masjid tersebut yang menelan kos sebanyak RM 10 Juta.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#ekstremis
#ibadat
#Islam
#Jabatan Agama Islam Selangor JAIS
#JKR Selangor
#keadilan sosial
#Kerajaan Negeri Selangor
#Menteri Besar Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan