[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
MALAYSIA

Inisiatif AI-4-Educators sedia latihan kepada hampir 400,000 guru - Steven Sim

Hasimi Muhamad 14/06/2025 | 06:15 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Steven Sim (dua,kiri) melancarkan Majlis Kemuncak dan Perasmian Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 di pekarangan Stadium Bukit Jalil, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui HRD Corp bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM), melancarkan inisiatif AI-4-Educators khusus untuk warga pendidik di seluruh negara.

Ringkasan AI
  • AI-4-Educators untuk guru di Malaysia: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan inisiatif AI-4-Educators bagi melatih hampir 400,000 guru dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI), dengan penekanan terhadap aspek teknikal, etika, dan keselamatan.
  • Pengiktirafan dan impak: Program AI-4-Educators telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbesar pendidik dalam program latihan, dengan lima modul yang memperkukuh kesiapsiagaan sektor pendidikan bagi menghadapi revolusi AI.
  • Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025: NTW 2025 mendapat sambutan luar biasa dengan dua juta penyertaan, melebihi sasaran satu juta, serta membuka akses kepada negara-negara ASEAN untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dengan kursus percuma.

Menterinya, Steven Sim, berkata program ini menyasarkan hampir 400,000 guru dari seluruh negara untuk diberikan latihan dalam penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
BACA: NTW 2025: Kerajaan umum pengecualian levi setahun bagi institusi pendidikan swasta
Jelas beliau, AI-4-Educators bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek teknikal dan kemahiran penggunaan AI, tetapi turut menitikberatkan isu etika dan keselamatan.
"Ini bukan mencerminkan bukan sahaja komitmen KESUMA, malah komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan para guru kita sebagai barisan hadapan dapat dibekalkan dengan kemahiran yang tercanggih.
"Ia bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mampu berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Jalil pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Sim berkata AI-4-Educators dijangka memperkukuh kesiapsiagaan sektor pendidikan negara untuk mendepani revolusi AI serta memperkasakan guru dengan peranan lebih strategik dalam pembangunan generasi masa depan.
Sebanyak lima modul latihan kendiri disediakan termasuk penggunaan AI dalam pengajaran dan isu kebolehcapaian serta etika.
Inisiatif tersebut telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbesar pendidik dalam program latihan.
Sementara itu, mengenai penganjuran NTW 2025, Sim berkata penyertaan pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dengan mencecah dua juta, sekali gus melebihi satu juta penyertaan yang disasarkan.
NTW 2025 meluaskan jangkauannya dengan membuka akses portal NTW kepada negara-negara ASEAN.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan perkongsian amalan terbaik serantau dalam pembangunan bakat, dengan kursus ditawarkansecara percuma.
#AI-4-Educators #National Training Week 2025 #HRD Corp #Steven Sim