awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NTW 2025: Kerajaan umum pengecualian levi setahun bagi institusi pendidikan swasta

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/06/2025
03:30 MYT
NTW 2025: Kerajaan umum pengecualian levi setahun bagi institusi pendidikan swasta
Anwar (foto) berkata inisiatif tersebut bagi membolehkan institusi terlibat memberi tumpuan kepada meningkatkan mutu pendidikan dan latihan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pengecualian pembayaran levi selama setahun kepada semua institusi pendidikan swasta termasuk pendidikan vokasional mulai 1 Januari 2026.

Ringkasan AI
  • Kerajaan mengumumkan pengecualian pembayaran levi selama setahun bermula 1 Januari 2026 kepada semua institusi pendidikan swasta termasuk pendidikan vokasional, bagi membolehkan fokus kepada peningkatan mutu pendidikan dan latihan.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut mengarahkan KPM dan Kementerian Sumber Manusia memantau institusi pendidikan serta syarikat swasta agar memberi pulangan kepada pekerja, khususnya dalam bentuk latihan berkualiti.
  • National Training Week (NTW) 2025 yang berlangsung dari 14 hingga 21 Jun, kini dibuka kepada semua warganegara ASEAN dan menawarkan lebih 65,000 peluang latihan percuma untuk memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut bagi membolehkan institusi terlibat memberi tumpuan kepada meningkatkan mutu pendidikan dan latihan.
"Setelah banyak pandangan dari segi pendidikan dan latihan supaya pembayaran levi dikecualikan bagi prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan vokasional serta Institusi pendidikan, pertama kali dalam sejarah, kerajaan hari mengumumkan pengecualian pembayaran levi selama setahun,” katanya.
Perdana Menteri berucap pada Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2025 di Bukit Jalil, yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, di sini, pada Sabtu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Sumber Manusia untuk memantau institusi pendidikan bagi menyediakan latihan yang terbaik.
“Selain itu, pantau juga syarikat swasta yang catat keuntungan tinggi untuk berikan sedikit pulangan kepada pekerja,” ujar beliau.
Sementara itu, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam kenyataan berasingan memaklumkan sebanyak 1,668 institusi terlibat dalam pengecualian pembayaran levi, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM46 juta.
NTW 2025 anjuran HRD Corp di bawah Kementerian Sumber Manusia berlangsung dari 14 hingga 21 Jun ini.
Buat pertama kalinya, NTW dibuka kepada semua warganegara ASEAN, menawarkan lebih 65,000 peluang latihan percuma di seluruh negara dan dalam talian.
Ia bertujuan memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran dalam kalangan rakyat Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pengecualian pembayaran levi
#institusi pendidikan swasta
#pendidikan vokasional
#peningkatan mutu pendidikan dan latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan