awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang data pekerjaan AS, keputusan berkaitan tarif
KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif BUDI95 untuk polis, ATM berjalan lancar - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
27/09/2025
08:00 MYT
Inisiatif BUDI95 untuk polis, ATM berjalan lancar - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution (kanan) menyantuni anggota polis ketika hadir menyaksikan warga PDRM menikmati subsidi petrol RON95 melalui BUDI95 di Daerah Sandakan, hari ini. - Foto Bernama
SANDAKAN: Pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi kumpulan pertama melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjalan lancar tanpa sebarang masalah, setakat tengah hari tadi.

Ringkasan AI
  • Pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar bagi kumpulan pertama melibatkan anggota ATM dan PDRM, tanpa sebarang masalah setakat tengah hari.
  • Program ini bertindak sebagai ujian sistem sebelum diperluas kepada penerima STR pada 28 Sept dan 16 juta warganegara bermula 30 Sept.
  • Subsidi RON95 ditawarkan pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran RM2.05, untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelaksanaan pada hari pertama ini juga bertindak sebagai ujian tekanan terhadap keupayaan sistem dan stesen minyak yang telah membuat persediaan bagi pelaksanaan BUDI95, menjelang penggunaan lebih meluas pada Selasa ini.
"Kita boleh anggap ini sebagai satu proses untuk menilai keupayaan sistem supaya tidak ada sebarang gangguan.
"Kita akan tengok lagi nanti sebab penggunaan yang lebih besar adalah dalam kalangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Program BUDI95 di sebuah stesen minyak di Jalan Bokara di sini hari ini.
Kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter menerusi BUDI95 yang mula dilaksanakan tengah malam tadi.
Selepas anggota tentera dan polis, penerima STR yang merupakan golongan B40 akan menikmatinya pada 28 Sept, diikuti 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif pada 30 Sept ini.
Topic Berkaitan
#BUDI95
#subsidi petrol
#Saifuddin Nasution
#ATM
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan