awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif Kerajaan Selangor satu rahmah buat golongan B40

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2023
09:00 MYT
Inisiatif Kerajaan Selangor satu rahmah buat golongan B40
(Dari kiri) Mohamed Erma, Nur Hanasyazwani, dan Raden Ali sependapat bahawa inisiatif Kerajaan Selangor mampu meringankan beban golongan kurang berkemampuan. -Foto/Astro AWANI
PUCHONG: Inisiatif Kerajaan Selangor menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP) disifatkan sebagai bertepatan dalam membantu golongan kurang berkemampuan.
Daripada kesihatan sehingga pendidikan, bantuan disalurkan kerajaan negeri dianggap satu rahmah di sebalik bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Beberapa penghantar makanan yang ditemui berkata, Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN), misalnya, memberi pelindungan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ketika mencari rezeki.
"Saya rasa itu sangat memberi manfaat kepada rakyat Selangor, sebab benda ini (INSAN) tak semua negeri dapat. Kira siapa penghantar makanan dan anak Selangor memang beruntung dapat inisiatif ini.
"Kebanyakan kami sebagai penghantar makanan tak ada insurans, kecuali mereka yang mampu sahaja," kata Mohamed Erma Hanis, 36.
Sementara itu, seorang lagi penghantar makanan, Raden Ali Hanafiah, 35, turut sependapat dengan Mohamed Erma.
"Bagi saya ini sangat meringankan beban terutamanya penghantar-penghantar makanan yang ada keluarga, ia boleh tampung serba sedikit kalau ada apa-apa berlaku (kemalangan).
"Cuma kena perluaskan lagi platform untuk beritahu semua penghantar makanan terutamanya anak-anak Selangor," ujarnya.
Bagi suri rumah, Nur Hanasyazwani Ibni, 37, Iltizam Selangor Sihat turut memberi manfaat kepadanya dalam menjaga kesihatan diri.
"Bagus sebab inisiatif ini boleh mengurangkan beban rakyat, dan dalam masa sama rakyat boleh fokus untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik," tambah ibu kepada empat cahaya mata itu.
Sejak Julai 2022, Kerajaan Selangor menyusun 47 program di bawah ISP yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor dan menumpukan usaha meringankan beban kumpulan pendapatan rendah (B40).
Terbaharu, Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) memperkenalkan Skim INSAN Takaful yang menyediakan pelan perlindungan kepada tiga juta rakyat negeri itu.
Ia melibatkan nilai perlindungan berjumlah RM30 bilion dengan kos sebanyak RM9.54 juta.
Topic Berkaitan
#Iltizam Selangor Penyayang
#Skim insurans untuk rakyat Selangor
#Kumpulan B40 di Selangor
#Bantuan rakyat Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan