KUALA LUMPUR: Inisiatif Payung Rahmah yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbukti berjaya menstabilkan inflasi pada kadar yang lebih rendah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kedudukan inflasi dengan trend mereda bagi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah iaitu pada kadar 8.1 peratus turut disumbangkan oleh pengenalan Menu Rahmah pada 31 Jan lepas.
"Inflasi pada Mei 2023 yang mereda pada kadar 2.8 peratus disumbangkan antaranya oleh inflasi Kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol yang mereda kepada 5.9 peratus (Mei 2023), berbanding 6.3 peratus (April 2023).
"Subkumpulan Makanan di Rumah mencatatkan kadar inflasi yang lebih rendah iaitu 4.3 peratus (Mei 2023) berbanding lima peratus (April 2023), manakala Subkumpulan Makanan di Luar Rumah berjaya diturunkan kepada kadar 8.1 peratus (Mei 2023) berbanding 9.6 peratus (November 2022)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setakat ini, terdapat sebanyak 2,922 bilangan operator pengusaha Menu Rahmah di seluruh negara dan 290 pengusaha Menu Siswa Rahmah (dahulunya dikenali sebagai kafe Rahmah) di universiti awam dan politeknik.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata program Jualan Rahmah yang menawarkan diskaun harga barangan makanan dan keperluan asas hingga 30 peratus sedang giat dilaksanakan melibatkan 222 kawasan Parlimen di seluruh negara, dengan 3,557 lokasi Jualan Rahmah telah dilaksanakan setakat 30 Jun lepas.
Beliau berkata penekanan diberikan kepada pelaksanaan Jualan Rahmah secara bergerak dengan tanda pagar #KedaiCariRakyat bagi memastikan manfaat program itu dapat dinikmati oleh lebih ramai golongan rakyat berpendapatan rendah.
"Program Jualan Rahmah KPDN turut disokong dengan Jualan AgroMadani oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang membawa hasil pertanian terus dari ladang pada harga yang lebih murah.
"Sehingga kini, sebanyak 620 Jualan AgroMadani telah dilaksanakan termasuklah di 52 premis kerajaan di seluruh negara," katanya.
Bagi mengekang kenaikan harga barang yang tidak terkawal, Salahuddin berkata Kerajaan Perpaduan meneruskan dasar mengawal harga sama ada dengan atau tanpa subsidi bagi barangan keperluan utama rakyat seperti minyak masak botol dan peket, gula putih bertapis kasar dan halus, ayam bulat, telur gred A, B dan C, beras putih tempatan, LPG (gas petroleum cecair), RON 95 dan diesel.
Katanya, pemantauan dan penguatkuasaan berterusan turut dilaksanakan oleh KPDN bagi memastikan bekalan mencukupi, harga kawalan dipatuhi selain mengelakkan ketirisan.
"Sehingga Jun 2023, sebanyak 440,327 bilangan pemeriksaan telah dilaksanakan dan sebanyak 854 kes berjaya direkodkan melibatkan RM11.8 juta nilai sitaan atau rampasan. Selain itu, KPDN turut memantau harga bagi 480 item dengan 186 item dipantau secara harian," katanya.
Salahuddin berkata hasil pemantauan yang dilakukan menunjukkan harga kebanyakan item atau barangan adalah stabil bagi tempoh empat bulan terkini, termasuk bagi 61 item barangan import dengan 82 peratus daripadanya (50 item) berada dalam harga yang stabil.
Menurutnya daripada jumlah itu, 28 item merekodkan penurunan harga antaranya ayam belanda, daging kambing bebiri bertulang (Australia), daging lembu blade, daging kerbau block dan blade (India), lobak merah, bawang besar (Pakistan), bawang kecil merah (India dan Myanmar) dan ubi kentang russet.
"KPDN akan terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023

Salahuddin berkata kedudukan inflasi dengan trend mereda bagi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah iaitu pada kadar 8.1 peratus turut disumbangkan oleh pengenalan Menu Rahmah pada 31 Jan lepas. -Gambar fail/Astro AWANI

Azalina perkukuh kerjasama perundangan menjelang Forum Undang-Undang ASEAN 2025
Malaysia terus mengambil langkah penting selepas mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN untuk memperkukuh kerjasama perundangan dan meneroka kepentingan bersama dalam reformasi institusi.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.
Dua juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves, meningkat 20 peratus
Kira-kira dua juta pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu.
InRealty: Rimbawan, Bandar Raikan Kemajuan & Warisan
Rimbawan di Genting Highlands mengintegrasikan masyarakat dan ekosistem setempat.
Dua sindiket tumpas, dadah lebih RM12 juta dirampas
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dalam dua operasi berasingan di sekitar Selangor dan ibu negara pada 4 dan 9 Feb lepas, melibatkan nilai rampasan RM12.88 juta.
Pemimpin dunia bincang ancaman terhadap pekerja
Pemimpin dunia, ketua syarikat teknologi, ahli akademik dan pakar lain berhimpun di Paris bagi menghadiri sidang kemuncak selama dua hari mengenai ancaman dan potensi Kecerdasan Buatan (AI).
Kadar pengangguran Malaysia terendah tempoh 10 tahun
Kadar pengangguran Malaysia pada Disember 2024 mencecah paras terendah sejak 116 bulan iaitu 3.1 peratus, dengan 544,000 penganggur, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Israel perlu bayar pampasan AS$100 bilion kepada Gaza
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mendesak rejim zionis israel untuk membayar pampasan AS$100 bilion kepada penduduk gaza
Beliau berkata, dunia sama sekali tidak boleh membiarkan Israel bermaharajalela, dan bertindak seperti tiada apa yang berlaku, di sebalik kekejaman dan kemusnahan yang rejim zionis itu lakukan selama 471 hari terhadap Gaza.
Beliau berkata, dunia sama sekali tidak boleh membiarkan Israel bermaharajalela, dan bertindak seperti tiada apa yang berlaku, di sebalik kekejaman dan kemusnahan yang rejim zionis itu lakukan selama 471 hari terhadap Gaza.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.

Konsep Payung Rahmah diperluas dengan penyertaan swasta, industri - Armizan
Melalui inisiatif berkenaan, pihak swasta dan industri boleh memperkenalkan sebarang program berbentuk ihsan kepada komuniti serta pekerja seperti pemberian diskaun, rebat dan pulangan tunai.

Inisiatif Payung Rahmah diteruskan sebagai agenda nasional negara
Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan kerana ia merupakan agenda nasional negara.

Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terima kasih semua, legasi Payung Rahmah akan terus diperjuangkan
KPDN yakin semua usaha-usaha serta sumbangan Allahyarham akan terus diperjuangkan sebagai legasi yang hidup sepanjang zaman.

Keperibadian tinggi Salahuddin dikenang rakan Kabinet, pemimpin politik
Salahuddin akan dikenang sebagai pemimpin berjiwa besar dalam menjalankan tugas khususnya bagi meringankan beban serta kos sara hidup rakyat menerusi inisiatif Payung Rahmah.

Belasungkawa: 'Rahmah adalah Salahuddin, Salahuddin adalah Rahmah' - Prof Siva
Susur galur dan pengalaman Allahyarham dalam bidang politik juga memberi paparan bahawa beliau seorang pemimpin yang mengetahui apa yang berlaku di peringkat bawah.

Salahuddin Ayub pejuang kos sara hidup rakyat
Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dikenang sebagai pejuang rakyat terutama dalam isu kenaikan kos sara hidup dengan memperkenal pelbagai inisiatif di bawah 'Payung Rahmah'.

Kempen 'Kasih Sayang Ibu dan Si Manja' di bawah inisiatif Payung Rahmah dilancarkan
KPDN hari ini melancarkan kempen 'Kasih Sayang Ibu dan Si Manja' di bawah Inisiatif Payung Rahmah, anjuran pasar raya Mydin bagi mengurangkan beban ibu bapa dalam membeli barangan keperluan anak-anak.

Lebih sejuta rakyat nikmati inisiatif Payung Rahmah sejak diperkenalkan - Salahuddin
Lebih sejuta rakyat di negara ini khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar telah menikmati manfaat inisiatif Payung Rahmah.

Inisiatif Payung Rahmah terbukti berjaya stabilkan inflasi - Salahuddin
Kedudukan inflasi dengan trend mereda bagi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah iaitu pada kadar 8.1 peratus turut disumbangkan oleh pengenalan Menu Rahmah pada 31 Jan lepas.