Pelbagai inisiatif kerajaan berkaitan pengurangan cukai bagi tahun taksiran 2015 diharap dapat membantu rakyat dalam menguruskan kewangan dan menangani kesan kenaikan kos sara hidup.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ramai akan mula memfailkan penyata cukai sama ada di pejabat-pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara atau secara dalam talian.
"Langkah ini adalah perlu bagi memastikan semua individu yang berkenaan telah membayar cukai yang bertepatan serta menerima pulangan cukai di mana berhak selain mengelakkan berlakunya ketirisan," katanya dalam catatan dalam laman blog NajibRazak.com.
Beliau berkata dalam Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif termasuk kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan dan menerusi langkah itu, sebanyak 300,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.
Katanya, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai selain kadar cukai maksimum 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.
Selain itu, Najib berkata dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 pula, kerajaan telah mengumumkan akan memberi pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015, sebagai langkah tambahan membantu rakyat.
Melalui langkah ini, katanya, kerajaan akan mengalami kerugian sebanyak RM350 juta tetapi pada masa sama dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475 serta memanfaatkan sebanyak dua juta pembayar cukai.
"Saya harap kesemua inisiatif yang telah dan akan diambil ini sedikit-sebanyak dapat membantu rakyat dalam menguruskan kewangan mereka dan menangani kesan kenaikan kos sara hidup, Insya-Allah," katanya.
Bernama
Wed Mar 09 2016
NAJIB: Dalam Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
300,000 dijangka kunjungi MADANI Rakyat Zon Timur
Program itu yang melibatkan Pahang, Terengganu, dan Kelantan, bertujuan memperkenalkan dasar dan inisiatif Kerajaan MADANI.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM22 juta naik taraf Terminal Feri Ro-Ro Labuan
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM22 juta bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan sedia ada di Terminal Feri Roll-on Roll-off (Ro-Ro) di pulau bebas cukai ini.
Kerajaan komited tangani isu kekurangan BPT guna kontrak beras import - PM Anwar
Perkara itu dilihat dapat diselesaikan menerusi kontrak kerajaan menggunakan beras import dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat.
Lebih 1 juta rawatan sakit-sakit ringan percuma, dicapai melalui Skim Perubatan MADANI
Skim Perubatan MADANI merekodkan lebih 1 juta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta yang berdaftar, sejak skim itu diperkenalkan pada 15 Jun lepas.
Belanjawan 2024 sokong pelaksanaan inisiatif kerajaan
Belanjawan 2024 Malaysia MADANI mampu menyokong pelaksanaan inisiatif dan program yang direncanakan kerajaan melalui pelbagai kementerian secara inklusif.
Kuskop pertimbang cadangan tubuh sekretariat sebar inisiatif kerajaan kepada usahawan India
Kuskop terima cadangan penubuhan sekretariat sebagai pusat sehenti bagi memberi maklumat kepada usahawan dan koperator komuniti India.
Pastikan penyampaian maklumat tepat mengenai PPN, endemik - Annuar
Pempengaruh bertanggungjawab mendidik masyarakat dengan penyampaian maklumat menerusi naratif yang tepat.
Dasar 4IR negara pastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam ekosistem digitalisasi
Mustapa berkata Dasar 4IR Negara akan memberi faedah kepada rakyat, sektor perniagaan dan kerajaan.
Pakej Bantuan PEMERKASA beri kelegaan buat kontraktor - PKBM
PKBM memuji keputusan kerajaan menambah jumlah peruntukan bagi projek tersebut tahun ini, daripada RM2.5 bilion kepada RM5 bilion.
COVID-19: Kejayaan Malaysia atas usaha sendiri - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, kejayaan itu adalah hasil inisiatif kerajaan yang melaksanakan PKP pada 18 Mac tahun lalu.