awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/03/2019
07:50 MYT
Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi
Saksi ke-19 pada prosiding yang masuk hari ke 12, Chan Wei Jie memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kereta yang dinaiki bersama bapa saudaranya turut diserang kumpulan perusuh pada malam kejadian. - Foto Bernama
Sekumpulan perusuh dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya dikatakan turut menyerang kenderaan orang awam selain melakukan serangan terhadap anggota bomba.
Saksi ke-19 pada prosiding bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang masuk hari ke 12, Chan Wei Jie memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kereta jenis Perodua Kancil yang dinaikinya bersama bapa saudaranya turut diserang kumpulan perusuh pada malam kejadian.
"Kenderaan kami dikelilingi perusuh dan mereka memanjat bahagian hadapan kereta dan memecahkan cermin menggunakan kayu dan tangan selepas kami cuba hidupkan enjin kereta dan kami hanya mampu melihat tanpa sebarang tindakan, " jelasnya sebaik ditanya Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin.
Bagaimanapun menurut Chan, sebahagian daripada perusuh telah meminta maaf kepadanya susulan serangan tersebut dan tiga individu telah membantunya selain mengarahkan mereka membuat laporan polis.
"Pada masa itu kenderaan kami dan rosak teruk dan kami terus hidupan enjin kereta dan menuju ke balai polis untuk membuat laporan", katanya lagi.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang menuju ke rumahnya di USJ 12 sebelum terperangkap di kawasan rusuhan berkenaan.
Prosiding tamat hari ini selepas Koroner Rofiah Mohammad memutuskan tarikh 19 Mac untuk sambungan semula inkues.
Dalam perkembangan lain, keputusan permohonan pihak kuil untuk menjadi pihak berkepentingan bagi prosiding itu akan didengar semula 4 Mac ini.
Garis Masa: Saksi Prosiding inkues mencari punca kematian Adib
Dalam kejadian pada 27 Nov lepas, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak kuil berkenaan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis.
Topic Berkaitan
#Adib
#bomba
#Chan Wei Jie
#inkues
#Inkues Adib
#JBPM
#kereta
#kuil sri maha mariamman
#mahkamah
#perusuh
#polis
#serangan
#Subang Jaya
#USJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan