Mahkamah Koroner pada Jumaat memutuskan untuk menangguhkan sesi prosiding Inkues punca kematian anggota bomba Allahyarham, Muhammad Adib Mohd Kassim berikutan saksi ke-29, Prof Dr Shahrom Abdul Wahid tidak dapat hadir atas faktor peribadi.
Bagaimanapun, menurut Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin berkata, saksi terakhir yang merupakan Bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) itu masih diperlukan pihaknya selepas proses melihat semula keadaan Van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib sewaktu malam kejadian rusuhan November lalu di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25.
“Tidak dapat dijalankan pada hari ini walaupun masih diperingkat sesi soal balas Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah. Untuk makluman kami juga bercadang memanggil semula saksi-saksi sebelum ini.
“Selepas Dr Shahrom, berkemungkinan pakar forensik yang bertugas di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Dr Mohd Shah Mahmood. Namun ikut turutan,” katanya di Mahkamah Shah Alam, pada Jumaat.
Beliau turut memaklumkan, tempoh saksi ke-29 untuk hadir ke mahkamah (Sapina) berakhir semalam (Khamis) dan pihak mahkamah akan memanggil semula saksi terakhir ini pada 16 April hingga 22 April depan bersama saksi pakar yang lain.
Pada Khamis, Mahkamah Koroner membenarkan pasukan pendakwaan, peguam bela dan saksi melihat semula van EMRS, khususnya pintu di bahagian kiri van berkenaan.
Lawatan semula bagi melihat kenderaan Van EMRS itu dijalankan susulan keterangan Prof Dr Shahrom yang diberikan pada sesi prosiding hari ke-24.
Menurut Shahrom, beliau tidak pergi ke lokasi rusuhan kerana sudah dibekalkan bahan bukti yang mencukupi oleh pihak berkuasa dan cukup untuk pihaknya mengeluarkan pandangan.
Dr Shahrom berpandangan, anggota bomba itu mungkin ditarik keluar dari tempat duduk hadapan van bomba berkenaan (EMRS) berdasarkan kecederaan pada tubuh.
Bagaimanapun, Dr Ahmad Hafizam mempunyai pandangan berbeza yang menyatakan kecederaan Muhammad Adib tidak sepadan dengan kesan ditumbuk atau ditendang sebaliknya, kecederaan itu terjadi disebabkan impak terlanggar pintu kiri van EMRS.
Sesi prosiding akan bersambung semula seperti biasa Selasa depan di hadapan Koroner Rofiah Mohammad.
Hilmi Malik
Fri Apr 12 2019
Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin berkata, saksi terakhir yang merupakan Bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) itu masih diperlukan pihaknya.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.
"Allah ada sesuatu yang lebih baik", bekas tunang Adib redha selepas setahun
Najihah turut mencatatkan tarikh yang memberi makna besar buatnya iaitu pada 17 Disember 2018 hingga 17 Disember tahun ini.
Mahkamah diminta percepatkan komital terhadap Peguam Negara
Mohamed Haniff Khatri berkata pihaknya juga tidak mahu kes komital itu ditangguhkan kerana kes tersebut mendapat perhatian semua pihak
"Saya masih terkilan terhadap Peguam Negara" - Syazlin Mansor
Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim masih terkilan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas
"Jangan ada campur tangan, harap keputusan diadili sepenuhnya"
Ibu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap agar keputusan prosiding inkues anaknya itu dapat diadili sepenuhnya.
Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara
Mahkamah Koroner menetapkan 9 Ogos ini bagi keputusan berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas.
Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan
Dr Amir Radzi Ab Ghani dari Universiti Teknologi Mara akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran melibatkan dua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Inkues Adib: Demonstrasi ringkas guna van EMRS
Sesi prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada hari ke-34 diteruskan dengan demonstrasi ringkas melibatkan kenderaan Van EMRS.
Inkues Adib: Tolak kemungkinan Adib ditolak dari arah hadapan - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam Hasmi menolak kemungkinan Muhammad Adib Mohd Kassim ditolak dari arah hadapan sebelum bahagian rusuk belakang kirinya menerima impak daun pintu Van EMRS
Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi
Sekumpulan perusuh ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 dikatakan turut menyerang kenderaan orang awam selain melakukan serangan terhadap anggota bomba.