[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

Inkues: Saksi nafi Zara Qairina dicederakan semasa pertemuan dengan senior

Yasmin Natasha 29/09/2025 | 10:17 MYT
Saksi turut mendakwa tiada pergaduhan didengar antara jam 11 malam hingga 3 pagi pada malam kejadian.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, dimaklumkan oleh seorang saksi kanak-kanak bahawa dia tidak melihat sebarang tindakan menyentuh atau mencederakan Zara Qairina Mahathir semasa pertemuan dengan lima pelajar senior di bilik asrama berhubung dua kes kehilangan dompet.


Ringkasan AI
  • Saksi kanak-kanak memaklumkan tiada tindakan menyentuh atau mencederakan Zara Qairina oleh lima pelajar senior semasa pertemuan di bilik asrama.
  • Zara Qairina dilihat keluar dari bilik dalam keadaan menangis sekitar jam 11 malam, kali terakhir dilihat oleh saksi.
  • Saksi turut mendakwa tiada pergaduhan didengar antara jam 11 malam hingga 3 pagi pada malam kejadian.


Peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang daripada remaja yang terbabit dalam kes buli Zara Qairina berkata, saksi memaklumkan perjumpaan tersebut diadakan pada kira-kira jam 10.20 malam 15 Julai lepas iaitu sehari sebelum pelajar Tingkatan Satu itu ditemukan tidak sedarkan diri.

"Kata saksi, dia turut melihat empat lagi pelajar senior masuk ke dalam bilik berkenaan.

"Selepas itu, saksi dengar suara seseorang bercakap dengan nada kuat seolah-olah memarahi Zara Qairina, tetapi saksi tidak pasti siapa yang bercakap ketika itu.

"Kira-kira jam 11 malam, Zara Qairina keluar dari bilik dalam keadaan menangis. Ia merupakan kali terakhir saksi melihat Zara Qairina pada malam tersebut,” katanya.

Tambahnya, saksi itu juga mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan berlaku di antara jam 11 malam dan 3 pagi, 15 hingga 16 Julai lalu.








#Zara Qairina Mahathir #Saksi kanak kanak #lima pelajar senior #inkues #buli