awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: AGC serah notis tunjuk sebab kepada aktivis Mona Din

Bernama
Bernama
11/09/2025
05:41 MYT
Inkues Zara Qairina: AGC serah notis tunjuk sebab kepada aktivis Mona Din
AGC memaklumkan notis itu diserahkan kepada aktivis yang dikenali sebagai Mona Din itu pada 10 Sept selaras dengan Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyerahkan notis untuk tunjuk sebab kepada aktivis Che Muna Din kerana memuat naik hantaran bersifat menghina mahkamah di laman Facebooknya, 4 Sept lepas, berhubung prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

Ringkasan AI
  • AGC keluarkan notis tunjuk sebab kepada aktivis Che Muna Din (Mona Din) kerana hantaran Facebook yang didakwa menghina mahkamah berkaitan inkues kematian Zara Qairina.
  • Hantaran tersebut dikatakan mempertikai keterangan saksi pakar dan berpotensi mempengaruhi pandangan awam serta mengganggu prosiding inkues.
  • AGC akan dakwa individu lain yang membuat kenyataan mengganggu prosiding dan mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan hantaran yang boleh menjejaskan proses keadilan.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan notis itu diserahkan kepada aktivis yang dikenali sebagai Mona Din itu pada 10 Sept selaras dengan Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
"Penghantaran notis untuk tunjuk sebab ini merupakan sebahagian prosedur yang perlu dipatuhi bagi memulakan prosiding pengkomitan kerana menghina mahkamah.
"Penelitian AGC mendapati hantaran dimuat naik Che Muna Din, yang antara lain mempertikaikan keterangan saksi pakar iaitu Pakar Patalogi Forensik di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Dr Jessie Hiu berpotensi mempengaruhi pandangan awam serta mengganggu perjalanan prosiding Inkues yang sedang dijalankan," menurut AGC.
Selain itu, AGC juga memaklumkan bahawa pertuduhan jenayah terhadap beberapa individu lain yang telah membuat kenyataan berkaitan Zara Qairina yang berpotensi mengganggu perjalanan prosiding Inkues juga akan dikemukakan dalam masa terdekat.
"AGC memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.
"Sehubungan itu, AGC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik, mengulas atau menyebarkan sebarang hantaran yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#Notis Tunjuk Sebab
#inkues Zara Qairina
#hina mahkamah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan