MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: 'Arwah suarakan hasrat untuk terjun April lalu' - Saksi

Pasukan peguam yang mewakili salah seorang pelajar yang dituduh dalam kes membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
KOTA KINABALU: Saksi pelajar kelapan, hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah menyuarakan hasrat untuk terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah ketika berbual dengannya pada April lalu.
Ringkasan AI
- Saksi pelajar kelapan memaklumkan kepada mahkamah bahawa Zara Qairina pernah menyuarakan hasrat untuk terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah ketika berbual dengan rakannya pada April lalu.
- Inkues yang bermula 3 September bertujuan menyiasat punca kematian Zara yang ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama SMKA Tun Datu Mustapha pada 16 Julai; setakat ini lapan saksi dewasa telah memberi keterangan dan 68 saksi disenaraikan secara keseluruhan.
- Seorang saksi pakar daripada Jabatan Kimia dijangka tampil Selasa depan bagi memberi keterangan berhubung sampel DNA, sebagai sebahagian daripada usaha mengenal pasti punca sebenar kematian.
“Zara pernah bertanya kepada rakannya (saksi), ‘Kalau saya lompat dari tingkat tiga, awak sedih tak?’ Rakan itu kemudian menegurnya dengan berkata, ‘Kenapa cakap begitu? Itu tidak baik.’
"Selepas itu, Zara hanya berdiam diri.
“Ia sesuatu yang menyedihkan apabila arwah sudah mempunyai fikiran sebegitu sejak April lalu,” katanya.
Pada Selasa depan, seorang saksi pakar daripada Jabatan Kimia dijangka tampil memberi keterangan berhubung sampel DNA.
Pakar tersebut merupakan antara 68 saksi yang disenaraikan.
Inkues yang bermula pada 3 September lalu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bertujuan menyiasat punca kematian Zara Qairina, yang ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai berhampiran longkang di asramanya di SMKA Tun Datu Mustapha, Papar.
Setakat ini, seramai lapan saksi dewasa telah memberi keterangan, manakala 25 lagi saksi dewasa dijangka dipanggil pada sesi akan datang. Prosiding turut menyenaraikan 35 saksi bawah umur secara keseluruhan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami