[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Inkues Zara Qairina bersambung pagi ini

Astro Awani 08/09/2025 | 23:45 MYT
Tumpuan hari ini masih kepada saksi dari Jabatan Kimia, sebagai saksi kedua dalam prosiding inkues kes Zara Qairina, yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu.
KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bersambung hari ini di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah di sini.

Suasana di Mahkamah Koroner tenang dan terkawal di mana hanya pihak yang berkenaan dibenarkan berada di perkarangan kompleks.

Seawal jam 7 pagi, pasukan polis dilihat berkawal bagi memastikan keselamatan dan kelancaran prosiding, manakala petugas media mula berkumpul sejam kemudian untuk membuat liputan.

Tumpuan media hari ini masih kepada saksi dari Jabatan Kimia, sebagai saksi kedua dalam prosiding inkues.

Sementara itu, mahkamah dijangka mendengar keterangan dua lagi saksi yang merupakan pegawai perubatan yang pernah merawat arwah di Hospital Queen Elizabeth.

Di luar kompleks mahkamah pula, hanya beberapa individu dilihat menunggu bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung prosiding itu.

Zara Qairina, 13 tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelumnya setelah ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.



#Zara Qairina Mahathir #inkues #buli #mahkamah koroner