awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Jurutera direman buat ugutan bunuh terhadap Ram

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
08/10/2025
09:00 MYT
Inkues Zara Qairina: Jurutera direman buat ugutan bunuh terhadap Ram
Ram memaklumkan antara perkataan yang diterimanya melalui mesej ugutan tersebut ialah, 'Nanti kamu mati disoal Tuhan'. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Seorang jurutera berusia 27 tahun yang disyaki menghantar mesej ugutan bunuh kepada peguam Datuk Ram Singh, direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes yang dipercayai berkaitan dengan inkues Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Ringkasan AI
  • Jurutera berusia 27 tahun direman empat hari selepas menyerah diri kepada polis kerana didakwa mengugut bunuh peguam Datuk Ram Singh, berkaitan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
  • Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Fara Wan Ghazali bermula Khamis hingga Ahad di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan; siasatan dijalankan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
  • Ugutan disampaikan melalui mesej dengan antara kata-kata berbunyi -Nanti kamu mati disoal Tuhan-; polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farah Wan Ghazali pada Rabu selepas mendengar permohonan pegawai penyiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Perintah reman tersebut berkuat kuasa dari 9 hingga 12 Oktober, dan kes disiasat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.
Di bawah seksyen berkenaan, mana-mana individu yang menggunakan kata-kata atau perbuatan berupa ancaman, penghinaan, atau intimidasi yang boleh menyebabkan seseorang berasa terganggu, takut atau terancam boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan, lelaki dari Ipoh, Perak itu menyerah diri di balai polis di sini pada Selasa.
Menurut Ram, antara mesej yang diterimanya termasuklah, “nanti mati kamu disoal Tuhan,” “biar kau mati katak,” dan “jangan sampai kami cari kau, kau mati kalau kami cari.”
Suspek dipercayai memperoleh nombor peribadi Ram sebelum menghantar mesej berbentuk ugutan dan penghinaan melalui aplikasi WhatsApp.
Ram memaklumkan suspek kemudiannya menghantar mesej permohonan maaf kepadanya namun beliau menegaskan akan meneruskan kes itu dan tidak akan menarik balik laporan polis yang telah dibuat.
“Saya kecewa dengan tindakan individu ini. Saya tidak mengenali dia, tetapi dia sanggup mengugut dan menghina saya sebegitu rupa.
“Saya sebenarnya seorang yang suka membantu orang lain dan sering memberi khidmat guaman secara pro bono (percuma).
“Tapi lelaki ini perlu diajar. Lihat saja bahasa yang digunakan… bagi saya, itu tidak berperikemanusiaan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan akan menyerahkan kes berkenaan kepada peguamnya, Joan Goh, untuk tindakan lanjut.
“Kertas siasatan sudah siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara Sabah,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#inkues Zara Qairina
#jurutera direman
#ugutan bunuh
#peguam Ram Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan