awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Ketua warden sebak, nafi pihak sekolah cuba lindungi pembuli

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
18/09/2025
06:00 MYT
Inkues Zara Qairina: Ketua warden sebak, nafi pihak sekolah cuba lindungi pembuli
Saksi itu berkata pihaknya sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sejak hari pertama Zara ditemui tidak sedarkan diri, sehingga siasatan diambil alih oleh Bukit Aman. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, sebak dan terpaksa berhenti beberapa kali ketika memberi keterangan sebagai saksi inkues di Mahkamah Koroner hari ini.
Keadaan itu berlaku ketika beliau menafikan dakwaan bahawa pihak sekolah melindungi pelaku buli atau pembunuh Zara Qairina Mahathir.
Azhari, 31, berkata pihaknya sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sejak hari pertama Zara ditemui tidak sedarkan diri, sehingga siasatan diambil alih oleh Bukit Aman.
“Saya sendiri berurusan dengan polis. Apa sahaja yang diminta, saya serahkan, termasuk rakaman audio ‘Kak M’.
“Kami tidak lindungi sesiapa. Semua saya maklumkan kerana itu tanggungjawab saya. Saya tidak mahu Zara teraniaya, tetapi sekarang saya rasa saya dan pihak sekolah pula yang teraniaya,” katanya dengan nada sebak.
Ketika menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah, beliau menegaskan sekolah tidak pernah melindungi sesiapa, sebaliknya segala maklumat berkaitan telah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Beliau beberapa kali terpaksa berhenti untuk menenangkan diri sebelum menyambung keterangan.
Dalam keterangannya juga, Azhari menafikan wujud aduan rasmi daripada ibu Zara berhubung insiden ‘Kak M’ yang didakwa membuli Zara sebelum ini.
“Kes Kak M ini dikatakan berlaku sekitar bulan Mei. Persoalan saya, kenapa ibu Zara sendiri tidak melaporkan kepada pihak sekolah? Kalau kami mahu menutup, saya tidak akan dedahkan siapa Kak M.
“Saya ambil tahu dan terkesan dengan pemergian Zara. Tetapi kalau tiada aduan daripada Zara, sepatutnya mesti ada daripada ibunya. Namun, tiada… langsung tiada,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#inkues Zara Qairina
#Ketua warden
#kes buli
#SMKA Tun Datu Mustapha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan