awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Pakar jabatan kimia, saksi pelajar baru beri keterangan hari ini

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
07/10/2025
00:45 MYT
Inkues Zara Qairina: Pakar jabatan kimia, saksi pelajar baru beri keterangan hari ini
Inkues kes Allahyaraham Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari ke-18 bersambung dengan keterangan daripada seorang saksi pakar Jabatan Kimia pada pagi ini.
KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-18 hari ini dengan seorang saksi pakar dari Jabatan Kimia tampil memberi keterangan pada sesi pagi berhubung analisis sampel DNA.
Prosiding bermula pada pukul 9.20 pagi dan menyaksikan kehadiran saksi pakar tersebut, yang merupakan antara 68 individu disenaraikan sebagai saksi sepanjang inkues berlangsung.
Turut hadir dalam prosiding hari ini ialah barisan peguam yang mewakili ibu Allahyarham, iaitu Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zahidi dan Mohd Syarulnizam Mohd Salleh.
Peguam Datuk Ram Singh dan Joan Goh pula mewakili salah seorang pelajar yang dituduh.
Pada sesi petang, seorang lagi saksi pelajar baharu dijadualkan memberi keterangan.
Inkues yang bermula pada 3 September lalu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bertujuan menyiasat punca kematian Zara Qairina, yang ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di kawasan asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, pada 16 Julai.
Setakat ini, lapan saksi dewasa telah dipanggil memberi keterangan, manakala 25 saksi dewasa dan 35 saksi bawah umur dijangka tampil dalam sesi-sesi akan datang.
Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asrama sekolah sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.
Laporan awal menyatakan mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Inkues Zara
#Pakar jabatan kimia
#Saksi pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan