awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia intai laluan terus Riyadh, perluas pasaran pelancong Asia Barat
Anggota bomba cedera dihempap gerai burger
Kebakaran tanah gambut: Unit udara JBPM dijangka mulakan kaedah pengeboman air hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Peguam bela bawa patung untuk simulasi jatuhan esok

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2025
09:13 MYT
Inkues Zara Qairina: Peguam bela bawa patung untuk simulasi jatuhan esok
Patung yang digunakan bagi membuat simulasi untuk menggambarkan keadaan Allahyarham Zara yang dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama, dibawa pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner hari ini. - fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, dijangka menyaksikan satu lagi simulasi jatuhan menggunakan patung di lokasi kejadian esok.

Ringkasan AI
  • Inkues kematian Zara Qairina akan jalankan simulasi jatuhan baharu esok menggunakan patung bersaiz dan berat hampir sama dengan arwah (154 cm, 53 kg).
  • Dua ujian utama akan dilakukan: jatuhan tanpa tolakan dan jatuhan dengan sedikit tolakan, bagi menilai perbezaan jarak jatuhan.
  • Prosiding bersambung di lokasi kejadian sebelum kembali ke mahkamah, disertai keterangan pakar Dr Jessie selepas demonstrasi.

Peguam bela, Joan Goh, berkata mahkamah meluluskan permohonan pihaknya untuk membawa patung simulasi baharu yang lebih mirip dengan keadaan fizikal Allahyarham.
"Mahkamah telah mengehadkan kepada dua peguam setiap pihak. Kami akan bawa mannequin (patung simulasi) ke lokasi dan mengenakan berat yang diperlukan untuk tujuan simulasi," katanya ketika ditemui selepas prosiding hari ini.
Menurut Joan, demonstrasi itu akan diadakan di blok asrama sekolah tempat Allhayarham ditemukan sebelum ini, dengan beberapa ujian berbeza bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.
"Kami akan melakukan demo di tempat tersebut. Selepas itu, prosiding akan disambung semula di mahkamah bersama keterangan Dr Jessie.
"Mannequin yang digunakan mempunyai saiz ketinggian hampir sama dengan arwah,” katanya.
Beliau menjelaskan, dua ujian utama akan dijalankan iaitu jatuhan pertama tanpa tolakan, manakala jatuhan kedua dengan sedikit tolakan.
“Tujuannya untuk menunjukkan perbezaan jarak antara jatuhan. Jika ditolak, apa jauhnya, dan jika dilepaskan tanpa tolakan, apa pula jaraknya,” jelasnya lagi.
Selain itu, ujian tambahan turut dirancang menggunakan patung simulasi berpakaian seluar trek dan kemeja-t nipis dengan berat sekitar 53 kilogram serta ketinggian 154 sentimeter, hampir menyerupai keadaan sebenar Allahyarham Zara.
Prosiding akan bersambung esok di lokasi kejadian sebelum kembali ke mahkamah.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Topic Berkaitan
#inkues Zara Qairina
#peguam bela
#Joan Goh
#simulasi jatuhan
#patung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan