MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Peguam mohon mahkamah ambil tindakan hina mahkamah terhadap Shafie

Peguam Datuk Ram Singh (kanan) dan Joan Goh yang mewakili Pelajar A.
KOTA KINABALU: Isu kenyataan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir sekali lagi dibangkitkan oleh peguam, Datuk Ram Singh pada prosiding pengurusan kes di Mahkamah Kanak-Kanak pada Khamis.
Ringkasan AI
- Peguam Datuk Ram Singh memohon tindakan menghina mahkamah terhadap Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal susulan kenyataannya berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, dengan sokongan daripada Sabah Law Society dan Suhakam.
- Mahkamah Koroner hanya membenarkan isu berkaitan perintah larangan dan kenyataan Mohd Shafie dibangkitkan, sementara Jabatan Peguam Negara diberi tempoh tujuh hari untuk memberikan jawapan terhadap notis tunjuk sebab yang telah diserahkan.
- Mahkamah mengekalkan larangan memberi ulasan lanjut berkaitan keterangan saksi bawah umur, dan permohonan semula boleh dibuat selepas respons AGC diterima. Mohd Shafie telah menerima surat tunjuk sebab daripada AGC pada Selasa lalu.
“Isu utama yang kami bangkitkan hanyalah mengenai gag order dan kenyataan dibuat oleh Datuk Seri. Permohonan bagi prosiding penghinaan (contempt) telah difailkan dan disokong oleh Sabah Law Society (SLS) serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan supaya menunggu jawapan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung notis tunjuk sebab yang telah diserahkan minggu lalu.
"AGC mempunyai tempoh tujuh hari untuk memberikan jawapan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Koroner di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak dibenarkan memberi sebarang ulasan lanjut berkaitan keterangan saksi bawah umur kerana perintah larangan masih berkuat kuasa.
“Mahkamah meminta agar perkara itu diserahkan kepada AGC. Jadi kita tunggu minggu depan untuk ketahui respons mereka.
“Itu tidak menafikan hak mana-mana pihak untuk membuat permohonan semula sekiranya perlu. Buat masa ini, kami tidak mahu mengganggu proses jawapan daripada AGC,” jelasnya lagi.
Semalam, Mohd Shafie sudah menerima surat tunjuk sebab berhubung kenyataannya berkaitan inkues kematian Zara Qairina.
Presiden Parti Warisan itu berkata, dokumen berkenaan diserahkan kepadanya oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), pada Selasa.
Pada 22 September lalu, Mahkamah Koroner memaklumkan akan mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Mohd Shafie berhubung kenyataan yang dibuatnya mengenai prosiding inkues kematian Zara Qairina yang sedang berjalan.
Koroner membenarkan permohonan notis itu yang dikemukakan Ram, dan disokong oleh semua pihak terbabit dalam prosiding berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami