Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa budaya maki hamun berleluasa di asrama

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa budaya maki hamun pelajar senior terhadap junior sudah menjadi kebiasaan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.
Ringkasan AI
- Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa budaya maki hamun pelajar senior terhadap junior sudah menjadi kebiasaan di asrama SMKA Tun Datu Mustapha, termasuk penggunaan kata-kata kesat yang tidak sesuai untuk disiarkan.
- Saksi pelajar ke-16 mendakwa warden tidak pernah menangani isu tersebut secara serius dan jarang membuat pemeriksaan asrama sebelum insiden kematian pelajar berlaku.
- Seorang guru dikenali sebagai Ustazah Syahdah pernah menasihati pelajar agar menjaga percakapan, namun pelajar senior tetap menunjukkan contoh buruk kepada junior. Inkues kini memasuki hari ke-24.
“Menurut saksi, sebelum ini warden tidak buat pemeriksaan asrama. Selepas kes ini barulah nampak warden naik ke aras untuk periksa pelajar,” katanya.
Malah, saksi juga memberitahu sikap pelajar senior terhadap junior di sekolah itu sering kali kasar dan tidak berhemah, terutama apabila timbul rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.
“(Saksi berkata) Kalau senior marah, mereka akan terus berjumpa dengan junior untuk marah dan maki.
“Antara perkataan yang selalu dia dengar ialah maki hamun yang sangat kesat seperti ‘anjing’, ‘babi’ (serta perkataan kesat yang tidak sesuai untuk disiarkan). Itu sudah jadi kebiasaan,” katanya.
Joan berkata, saksi turut memaklumkan, bahawa seorang guru dikenali sebagai Ustazah Syahdah, pernah menasihati semua pelajar secara umum agar menjaga percakapan kerana pelajar junior mudah meniru tingkah laku senior.
Namun, menurutnya pelajar senior di sekolah itu tetap menunjukkan contoh yang tidak baik kepada junior meskipun pernah dinasihati agar menjaga tutur kata.
Saksi pelajar ke-16 ini akan sambung memberikan keterangan pada Rabu hadapan.
Inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu SMKA Tun Datu Mustapha itu kini memasuki hari ke-24.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami