MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Simulasi tanpa dorongan hampir sama kedudukan sebenar kejadian

Simulasi jatuhan patung seberat 53 kilogram dari tingkat tiga asrama menunjukkan kedudukan tanpa dorongan paling hampir dengan lokasi Zara Qairina (foto) ditemui. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Simulasi yang dijalankan polis mendapati keadaan tanpa dorongan adalah paling hampir dengan kedudukan jatuhan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, dari sebuah blok asrama sekolahnya.
Ringkasan AI
- Simulasi jatuhan patung seberat 53 kilogram dari tingkat tiga asrama menunjukkan kedudukan tanpa dorongan paling hampir dengan lokasi Zara Qairina ditemui.
- Patung mengalami kerosakan teruk pada kaki dan belakang kepala, selari dengan kecederaan yang dialami mangsa seperti dilaporkan dalam prosiding inkues.
- Simulasi dilakukan oleh pasukan JSJ D10 Sabah dengan rakaman video rasmi, dan prosiding akan bersambung esok dengan keterangan lanjut daripada saksi sama.
"Patung seberat 10 kilogram ditambah pemberat hingga 53 kilogram, bersesuaian dengan anggaran berat mangsa.
"Ia dijatuhkan dalam dua keadaan iaitu tanpa tolakan dan dengan tolakan minimum," katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Maidon berkata, dalam simulasi pertama patung mendarat kira-kira 2.14 meter dari bangunan, manakala dalam simulasi kedua dengan tolakan minimum, ia jatuh sejauh 3.45 meter.
"Dapatan menunjukkan simulasi pertama, iaitu tanpa tolakan, hampir menyamai kedudukan sebenar kejadian. Bahagian kaki dan belakang kepala patung turut mengalami kerosakan teruk," katanya.
Beliau menjelaskan, simulasi dilakukan dari koridor berhampiran pintu tandas tingkat tiga dengan bantuan pencahayaan lampu forensik. Rakaman video juga dibuat sebagai dokumen rasmi siasatan.
Maidon yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1994 kini bertugas sebagai inspektor siasatan tempat kejadian di JSJ D10 Sabah.
Sepanjang 31 tahun berkhidmat, beliau mengikuti pelbagai kursus termasuk cap jari, DNA, siasatan dalam air serta latihan keselamatan penyelam.
Prosiding inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu akan bersambung esok dengan keterangan saksi yang sama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami