MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Situasi tegang apabila pelajar jumpa surat 'privasi Zara' - Saksi

Rizwandean (foto) berkata situasi pada malam Zara Qairina dituduh mencuri bertambah tegang apabila ada pelajar mendakwa terjumpa surat 'privasi Zara'.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, dimaklumkan oleh saksi pelajar kedua bahawa situasi pada malam Allahyarham Zara Qairina Mahathir dituduh mencuri bertambah tegang apabila ada pelajar didakwa terjumpa surat dipercayai mengandungi 'privasi Zara.
Ringkasan AI
- Saksi pelajar kedua dalam prosiding inkues memaklumkan bahawa Zara Qairina dituduh mencuri dan disoal dalam dorm sebelum beberapa pelajar lain mengelilinginya dan memarahi dengan kata-kata kesat.
- Ketegangan meningkat selepas seorang pelajar menemui helaian kertas dipercayai mengandungi 'privasi Zara' yang menyatakan hasrat Zara untuk menjadi Badar, menyebabkan Zara menangis dan kelihatan semakin sedih.
- Saksi turut menyatakan rasa takut terhadap situasi tersebut dan melarikan diri, manakala prosiding inkues akan bersambung esok dengan saksi pelajar ketiga.
"Namun, tidak lama selepas itu, seorang pelajar lain masuk ke dorm dan dengan marah menuduh Zara mencuri barangan peribadi miliknya.
"Pelajar tersebut kemudian keluar dan kembali bersama dua rakan lain, lalu mengelilingi Zara yang ketika itu masih berada di sudut bilik," katanya ditemui media di luar mahkamah.
Sehubungan itu, menurut saksi, seorang pelajar mula memarahi Zara dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan menghina, menyebabkan mangsa menangis.
"Surat privasi itu jika tidak silap, Zara ada menyatakan dia mahu menjadi Badar. Badar ini maksudnya pengawas surau di sekolah.
"Saksi turut menyatakan Zara kelihatan semakin sedih dan terus menangis sebelum beberapa pelajar meninggalkan dorm.
"Malah, pelajar itu juga berkata dia juga berasa takut dan melarikan diri daripada situasi tersebut," katanya lagi.
Prosiding inkues akan bersambung esok dengan melibatkan saksi pelajar yang ketiga.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami