INPUMA anjur Persidangan Antarabangsa Polisi Awam dan Kepimpinan

ICPPL 2025 tiga hari ini akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya, menganjurkan Persidangan Antarabangsa Polisi Awam dan Kepimpinan (ICPPL 2025) dari 3 hingga 5 November 2025 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, yang memberi fokus khusus untuk berkongsi perkembangan terkini megatrend global dan kesannya ke atas polisi awam dan pembangunan lestari.
ICPPL 2025 tiga hari ini akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Bertemakan “Megatrends and Future Directions in Public Policy, Leadership and Sustainable Development” (Trend Mega dan Hala Tuju Masa Depan Dalam Polisi Awam, Kepimpinan dan Pembangunan Mampan”, ICPPL 2025 merupakan perhimpunan luar biasa bagi pembuat dasar, cendekiawan, pemimpin industri dan penggubal polisi awa, untuk terlibat dalam perbincangan berpandangan ke hadapan mengenai cabaran dan peluang mendesak yang membentuk tadbir urus, kepimpinan dan kemampanan dalam dunia yang pesat berkembang.
Ini kali pertama persidangan seumpama ini dianjurkan oleh INPUMA, dengan matlamat untuk menghalusi perkembangan semasa, isu dan peluang bagi memperkasakan aspek polisi awam dan kepimpinan dalam memastikan pembangunan mampan.
“Bagi tujuan itu, INPUMA mengundang tokoh-tokoh korporat, pembuat dasar dan pemimpin-pemimpin industri dari kedua-dua sektor awam dan swasta, dan dalam dan luar negara, bagi berkongsi pandangan, kajian dan pengalaman masing-masing, yang kami yakin akan membantu kita dalam menggubal dasar dengan konstruktif dan membina,” kata Pengarah Eksekutif INPUMA, Datuk Anis Yusal Yusoff.
Katanya, negara memerlukan penggubal polisi dan pembuat dasar yang berwibawa, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas dalam menggubal program dan dasar yang padu dan mantap.
“Kita perlu terus mengambil usaha kukuh dalam soal ini memandangkan setiap generasi mempunyai harapan, keperluan dan kehendak yang berbeza. Bgeitu juga cabaran dan peluang yang luas. Oleh itu kita perlu lahirkan penggubal dasar dan pembuat dasar yang berkaliber, yang akan menyokong kepimpinan negara, sekali gus membantu dalam pembangunan negara,” ujarnya lagi.
Sebagai persidangan utama INPUMA, ICPPL 2025 diadakan dengan objektif berikut:
- Mempelajari trend megara atau trend besar global pada hari ini, dan kesannya terhadap tadbir urus dan pembangunan lestari.
- Memupuk dialog dan kerjasama yang bermakna antara ahli akademik, pembuat dasar dan pihak berkepentingan.
- Menyerlahkan amalan terbaik dan strategi inovatif dalam kepimpinan dan dasar awam.
- Para perwakilan akan berpeluang untuk mendapatkan pandangan baharu melalui ucaptama, perbincangan panel peringkat tinggi dan sesi rangkaian dinamik dengan pakar daripada pelbagai sektor.
Ia kemudian diikuti forum yang akan dipengerusikan oleh Anis Yusal dengan ahli-ahli panel terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Zarinah Anwar; Profesor Undang-undang dan Pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di UM, Prof. Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi; Profesor ra-orn Poocharoen dari Universiti Chiang Mai dan Maisarah Feisal dari Sunway University Centre for Planetary Health.
Hari kedua pula memfokus kepada wacana dasar awam, dan hari terakhir melibatkan Pertandingan Dasar Sosial yang diadakan dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia.
INPUMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


