MALAYSIA
Insentif pingat gangsa Sukan SEA 2027 naik ke RM1,000 - Dr Taufiq Johari
Dr Mohammed Taufiq (foto) mengumumkan insentif kemenangan bagi pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2027 dinaikkan daripada RM750 kepada RM1,000. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Insentif kemenangan bagi pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2027 dinaikkan daripada RM750 kepada RM1,000.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mengumumkan keputusan itu dicapai hasil perbincangan dengan Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN), selaras usaha menambah baik Skim Hadiah Kemenangan Sukan Kebangsaan (SHAKAM) yang kali terakhir disemak pada 2014.
Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) hari ini mengumumkan peningkatan insentif daripada RM750 kepada RM1,000 buat pemenang pingat gangsa di Sukan SEA 2027 nanti.
"Kita turut mengumumkan insentif tambahan di bawah SHAKAM, iaitu minimum RM1,000. Bagi pemenang pingat emas, insentif berjumlah RM20,000, pingat perak RM5,000 dan pingat gangsa RM1,000.
"Di bawah skim ini, kita akan memastikan kebajikan atlet sentiasa terjaga, termasuk sokongan kepada jurulatih, pasukan, kemudahan kelengkapan serta fasiliti yang amat penting bagi perkembangan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis amanat bagi pembukaan tahun 2026 bersama atlet dan jurulatih di Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur pada Khamis.
Dr Mohammed Taufiq turut memaklumkan kerajaan memberi kelulusan bagi peluasan skim insentif itu, merangkumi temasya sukan remaja, Sukan Orang Pekak serta kejohanan utama sukan paralimpik.
Menurut beliau, kelulusan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun oleh kerajaan sekali gus menunjukkan komitmen berterusan untuk memastikan atlet negara terus bersemangat membawa pulang kemenangan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Jelas beliau lagi, langkah itu diyakini mampu memberi rangsangan baharu kepada atlet pelbagai peringkat untuk mencapai prestasi cemerlang pada kejohanan akan datang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Insentif kemenangan bagi pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2027 dinaikkan daripada RM750 kepada RM1,000, sebagai hasil perbincangan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq dengan Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN).
- Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) mengumumkan peningkatan insentif bagi pemenang pingat gangsa di Sukan SEA 2027 kepada RM1,000, dengan insentif tambahan minimum RM1,000 dan insentif bagi pingat emas sebanyak RM20,000.
- Kerajaan memberi kelulusan untuk peluasan skim insentif melibatkan sukan remaja, Sukan Orang Pekak, serta kejohanan utama sukan paralimpik dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun, menunjukkan komitmen dalam menyokong atlet negara mencapai prestasi cemerlang.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mengumumkan keputusan itu dicapai hasil perbincangan dengan Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN), selaras usaha menambah baik Skim Hadiah Kemenangan Sukan Kebangsaan (SHAKAM) yang kali terakhir disemak pada 2014.
Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) hari ini mengumumkan peningkatan insentif daripada RM750 kepada RM1,000 buat pemenang pingat gangsa di Sukan SEA 2027 nanti.
"Kita turut mengumumkan insentif tambahan di bawah SHAKAM, iaitu minimum RM1,000. Bagi pemenang pingat emas, insentif berjumlah RM20,000, pingat perak RM5,000 dan pingat gangsa RM1,000.
"Di bawah skim ini, kita akan memastikan kebajikan atlet sentiasa terjaga, termasuk sokongan kepada jurulatih, pasukan, kemudahan kelengkapan serta fasiliti yang amat penting bagi perkembangan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis amanat bagi pembukaan tahun 2026 bersama atlet dan jurulatih di Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur pada Khamis.
Dr Mohammed Taufiq turut memaklumkan kerajaan memberi kelulusan bagi peluasan skim insentif itu, merangkumi temasya sukan remaja, Sukan Orang Pekak serta kejohanan utama sukan paralimpik.
Menurut beliau, kelulusan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun oleh kerajaan sekali gus menunjukkan komitmen berterusan untuk memastikan atlet negara terus bersemangat membawa pulang kemenangan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Jelas beliau lagi, langkah itu diyakini mampu memberi rangsangan baharu kepada atlet pelbagai peringkat untuk mencapai prestasi cemerlang pada kejohanan akan datang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah peningkatan insentif bagi pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2027 yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan?
A: Insentif kemenangan bagi pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2027 dinaikkan daripada RM750 kepada RM1,000. - Q: Berapakah insentif minimum yang akan diberikan kepada pemenang pingat gangsa di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)?
A: Insentif minimum yang akan diberikan kepada pemenang pingat gangsa di bawah SHAKAM ialah RM1,000. - Q: Apa yang dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan berkenaan peningkatan insentif dalam majlis amanat di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis?
A: Menteri Belia dan Sukan menyatakan bahawa peningkatan insentif tersebut termasuk sokongan kepada jurulatih, pasukan, kemudahan kelengkapan serta fasiliti yang penting bagi perkembangan atlet. - Q: Apakah penambahbaikan lain yang diluluskan oleh kerajaan selain dari peningkatan insentif bagi pemenang pingat gangsa?
A: Kerajaan juga telah meluluskan peluasan skim insentif merangkumi temasya sukan remaja, Sukan Orang Pekak, serta kejohanan utama sukan paralimpik. - Q: Berapakah peruntukan yang dilakukan oleh kerajaan setiap tahun bagi pelaksanaan peningkatan insentif dan kelulusan lain di bidang sukan?
A: Kerajaan telah melaksanakan peruntukan sebanyak RM10 juta setiap tahun bagi pelaksanaan peningkatan insentif dan kelulusan lain di bidang sukan.