SEREMBAN: Bapa kepada Allahyarham Laskar Udara I, Mohd Iqmal Masdi yang terkorban ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini pada Ahad pasrah dengan kejadian berlaku.
Masdi Md Isa, 57, berkata, meskipun anaknya terkorban ketika sedang mengikuti sesi latihan, namun dia tetap berbangga dengan Allahyarham dan menganggapnya sebagai wira negara.
Malah dia turut berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atas kejadian itu.
"Apa yang berlaku saya terima dan pasrah, anak saya terkorban ketika latihan kerana ia sudah ketentuan Allah SWT. Saya yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.
"Ia bukannya salah pihak Tentera Udara Diraja (TUDM). Saya tidak mahu insiden yang berlaku dijadikan isu. Itu dah takdir anak saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rawa Ulu di Lenggeng pada Isnin.
Dia berkata, Allahyarham sudah berkhidmat sebagai anggota tentera selama dua tahun dan sangat seronok dengan kerjayanya.
"Dia bukannya pergi latihan itu untuk suka-suka atau jalan-jalan, tapi dia pergi berjuang.
"Dia diamanahkan oleh pasukannya untuk buat benda (latihan) itu dan bila dia turut serta latihan itu ia terbaik bagi saya," ujarnya.
Sementara itu, Masdi berkata, kali terakhir dia berjumpa dan sempat memeluk Allahyarham minggu lalu ketika dia mahu pulang ke kemnya di Sendayan.
Tambahnya, waktu itu Allahyarham sudah maklumkan yang dia tidak pulang ke rumah minggu ini kerana ada sesi latihan.
"Dia tak maklum pula latihan apa. Saya ingat mungkin untuk kenaikan pangkat kerana biasanya tiap-tiap minggu akan pulang ke rumah.
"Sebenarnya tiga hari lalu dia ada menghantar video wajahnya yang tersenyum, tapi kelihatan air mukanya agak sayu. Tapi saya tidaklah fikir yang bukan-bukan," katanya.
Dalam pada itu, Masdi berkata, sebelum berkhidmat sebagai tentera, Allahyarham yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik pernah memohon untuk menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia.
Bagaimanapun katanya, rezekinya untuk menyertai pasukan itu kurang cerah menyebabkan dia mencuba nasib sebagai tentera.
"Arwah tak pernah beritahu cita-citanya apa. Tapi yang saya tengok, dia cenderung untuk berkhidmat kepada negara.
"Saya meminta rakyat Malaysia mendoakan anak saya dan terima kasih juga kepada pihak TUDM yang telah menguruskan segala-galanya dengan baik," katanya.
Sebelum ini dilaporkan, Mohd Iqmal yang merupakan penuntut bagi Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin di Gemas manakala dua jurulatih parah.
Bagaimanapun Allahyarham Koperal Udara Syuib Bidin, 33, yang merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan meninggal dunia jam 5.45 petang ketika sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.
Seorang lagi jurulatih yang dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian terbabit iaitu Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, kini masih menerima rawatan di hospital sama dan dalam pemantauan rapi serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 26 2023
Masdi menunjukkan gambar Allahyarham Mohd Iqmal. - Foto Sinar Harian
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Insiden bom lempar: "Dia gugur sebagai wira" - Bapa pelatih TUDM
Bapa kepada Allahyarham Laskar Udara I, Mohd Iqmal Masdi yang terkorban ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di pada Ahad pasrah dengan kejadian berlaku.