TAMPIN: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang cedera parah dalam insiden bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.
Markas Tentera Udara sebelum ini memaklumkan Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, berasal dari Kluang, Johor merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan dilaporkan stabil dan dalam pemantauan di Hospital Segamat, Johor.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, berdasarkan laporan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kedua-dua belah mata.
"Mata kanannya stabil, cuma mata sebelah kiri mengalami kecederaan agak teruk dan pembedahan mata telah dilakukan oleh doktor pakar di Hospital Segamat, Johor.
"Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk rawatan lanjut," katanya pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan dua anggota TUDM maut dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah hari itu.
Individu yang maut merupakan Laskar Udara 1, Mohd Iqmal Masdi, 22 manakala, Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, 33 merupakan jurulatih meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat.
TUDM sebelum ini memaklumkan akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan berhubung kejadian bom lempar itu serta menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 27 2023
Individu yang maut merupakan Laskar Udara 1, Mohd Iqmal Masdi, 22 manakala, Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, 33 merupakan jurulatih meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat. - Gambar fail
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Insiden bom lempar: Mangsa ketiga cedera kedua-dua belah mata
Seorang anggota TUDM yang cedera parah dalam insiden bom lempar meletup di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga anggota TUDM terkorban semasa latihan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota TUDM semasa latihan menembak senjata dan bom lempar.
Insiden bom lempar: Polis rakam keterangan individu di lokasi
Polis akan merakam keterangan semua individu yang berada di lokasi insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, di Gemas pada Ahad.