Insiden keganasan di Myanmar berkurangan sejak Malaysia Pengerusi ASEAN - Mohamad

Mohamad berkata, Malaysia memainkan peranan sebagai fasilitator bagi menggalakkan dialog serta menyampaikan pandangan pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Myanmar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Insiden keganasan terhadap orang awam di Myanmar dilaporkan berkurangan sejak Malaysia mempengerusikan ASEAN, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ringkasan AI
- Insiden keganasan terhadap orang awam di Myanmar berkurangan sejak Malaysia mempengerusikan ASEAN, menunjukkan usaha berterusan konsensus 5PC.
- Malaysia berperanan sebagai fasilitator dalam rundingan ASEAN dan pihak bertelagah di Myanmar untuk galakkan dialog dan pandangan kepada kerajaan Myanmar.
- Situasi di Myanmar kompleks disebabkan konflik melibatkan pelbagai kumpulan etnik; Malaysia menegaskan keperluan pilihan raya telus, adil, dan inklusif, sejajar dengan ASEAN.
Mohamad berkata semasa rundingan antara ASEAN dan pihak bertelagah di Myanmar, Malaysia memainkan peranan sebagai fasilitator bagi menggalakkan dialog serta menyampaikan pandangan pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Myanmar.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan situasi di Myanmar kekal kompleks kerana konflik melibatkan banyak kumpulan etnik yang berbeza fahaman.
Menjawab soalan tambahan Wong Chen (PH-Subang) mengenai pilihan raya di Myanmar, Mohamad mengulangi pendirian Malaysia bahawa sebarang pilihan raya di negara itu mesti dijalankan secara telus, adil dan inklusif, selaras dengan keputusan ASEAN.
"Selagi pilihan raya itu tidak memenuhi hasrat yang telah dinyatakan oleh ASEAN, selagi itu sukar untuk ASEAN memperakukan pilihan raya yang tidak adil, tidak telus dan tidak inklusif," katanya.
Menjawab soalan asal Wong mengenai bantuan terhadap pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh memandangkan warga Rohingya juga tergolong sebagai rakyat ASEAN, Mohamad berkata pihak berkuasa Myanmar sedang melaksanakan proses pemutihan bagi menerima kepulangan pelarian apabila keadaan di negara itu bertambah baik.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

