Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melihat pengajaran yang dapat diambil daripada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17 yang terhempas di Ukraine, mewajarkan rakyat Malaysia untuk memiliki kerangka minda global tanpa menghakis asas jati diri.
Beliau berkata apabila dua tragedi itu menimpa negara, ia memberi pengajaran bahawa dunia kini berada dalam situasi saling berhubungan dalam pelbagai arah dan saling bergantungan.
Ini bererti sama ada anggota pentadbiran, pegawai kerajaan mahupun pelajar institusi pengajian perlu membangunkan satu sistem dan satu budaya yang boleh memupuk kerangka minda global untuk berjaya, katanya.
"Kita hanya akan berjaya jika ada kerangka minda global. Semua ini, agensi-agensi, badan-badan kita lihat seperti Tabung Haji mesti ada kerangka minda global, begitu juga seperti Felda. Kita semua mesti ada, untuk apa? Untuk mengangkat maruah martabat kita ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini, Najib menegaskan meskipun memiliki kerangka minda global, ia tidak beerti tidak perlu berpegang kepada asas jati diri.
"Kita sebagai orang Melayu tentu sekali agama Islam budaya kita, itu teras kita tetapi minda kita mesti berkemampuan bertindak dalam suasana yang lebih global," katanya.
Najib berkata siapa dapat membayangkan bahawa konflik di satu sudut dunia yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia sama sekali boleh membawa kesan kepada negara kita.
"Kita semua ada kena mengena, tak dapat elak...kalau harga getah jatuh, kerana apa, kerana ekonomi di China perlahan dari segi (pertumbuhan) ekonominya maka kesannya harga getah kita jatuh.
"Kalau kita nak tolong mangsa (MH17), saya sendiri pun tak dapat bayangkan bila biasanya saya berunding dengan ketua kerajaan, belum pernah dalam sejarah saya berunding dengan ketua pemberontak tapi saya terpaksa lakukan demi kepentingan negara," katanya.
Menyentuh pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai subjek lulus di peringkat pengajian tinggi, Najib berkata ini merupakan langkah ke arah mensiapsiagakan rakyat Malaysia supaya kita lebih kompetitif dan berdaya maju.
"Dengan cara seperti ini insya-Allah, Malaysia akan lebih berjaya lagi," katanya.
Bernama
Mon Sep 08 2014
Pengajaran yang diperolehi daripada dua insiden MAS mewajarkan rakyat Malaysia untuk miliki kerangka minda global tanpa hakis jati diri, kata Najib Razak.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.