awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden peniaga belon jalan TAR: Tindakan tegas, siasatan segera perlu diambil

Bernama
Bernama
29/03/2025
04:30 MYT
Insiden peniaga belon jalan TAR: Tindakan tegas, siasatan segera perlu diambil
Menerusi video yang tular, kekecohan mula berlaku selepas DBKL mengambil tindakan merampas barang jualan daripada beberapa individu yang dikatakan berniaga tanpa lesen, termasuk penjual belon berkenaan. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Siasatan segera perlu dijalankan terhadap mereka yang terlibat dalam insiden membabitkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan peniaga belon di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).
Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sementara menunggu laporan penuh pihak berkuasa, beliau turut mengecam insiden berkenaan.
Tindakan penguat kuasa mengasari peniaga dalam satu video yang tular tidak boleh diterima serta apa sahaja alasan tidak boleh sama sekali menghalalkan tindakan keji dan biadab itu.
"Apa erti berpuasa dan beramal di bulan Ramadan sekiranya ia gagal memanusiakan kita serta tidak 'memacul' sikap ihsan dan belas pada yang tidak berkemampuan. Ramadan mesti memperteguh sikap kemanusiaan dan meningkatkan tahap keperibadian," katanya menerusi hantaran di laman X.
Menerusi video yang tular, kekecohan mula berlaku selepas DBKL mengambil tindakan merampas barang jualan daripada beberapa individu yang dikatakan berniaga tanpa lesen, termasuk penjual belon berkenaan.
Penjual terbabit enggan menyerahkan belon yang dibawanya sehingga mencetuskan pergelutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tular
#DBKL
#peniaga belon
#jalan tar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan