BANGKOK: Kerajaan Thailand dan sektor swasta telah bergabung tenaga untuk menawarkan pampasan 14.15 juta baht (100 baht = RM12.68) kepada keluarga mangsa yang maut atau cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Bangkok.
Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata, keluarga mangsa yang meninggal dunia akan menerima 6.2 juta baht setiap seorang, iaitu 1.2 juta baht daripada kerajaan Thailand manakala 5 juta baht daripada sektor swasta, khususnya pusat beli-belah Siam Paragon.
Selain itu, Wangsuphakijkosol berkata mangsa yang cedera akan menerima 350,000 baht setiap seorang, dengan 50,000 baht daripada kerajaan manakala 300,000 baht dari pusat beli-belah Siam Paragon.
"Di samping itu, Giffarine Skyline Unity Co.,Ltd. telah menyatakan hasratnya untuk menyumbang 1 juta baht kepada kerajaan untuk usaha bantuan kepada mereka yang terjejas oleh insiden tragis ini," katanya.
Tragedi menyayat hati itu berlaku pada Selasa apabila penyerang berusia 14 tahun, menggunakan pistol yang diubah suai, melepaskan tembakan dalam lingkungan Siam Paragon. Perbuatan itu mengakibatkan kehilangan nyawa, termasuk seorang warga China dan Myanmar manakala lima lagi cedera.
Remaja itu kini berdepan dengan lima pertuduhan, termasuk membunuh terancang dan pemilikan senjata api secara haram.
Awal hari ini, Timbalan Setiausaha Tetap bagi Hal Ehwal Luar, Nathapol Khantahiran, mempengerusikan mesyuarat antara agensi Pusat Perintah Situasi (SCC). Tujuan mesyuarat itu adalah untuk memudahkan penyelarasan dan integrasi tindakan yang lancar di antara agensi utama sebagai tindak balas kepada insiden tembakan.
Sementara itu, ibu bapa suspek memohon maaf kepada keluarga si mati, mangsa yang cedera dan keluarga masing-masing.
Dalam surat yang ditujukan kepada pihak yang terjejas, bapa suspek menyatakan kekesalan yang mendalam dengan menyatakan, "Saya dan keluarga saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf yang mendalam kepada keluarga si mati, yang cedera dan keluarga mereka yang paling terjejas oleh kejadian ini dan kepada semua orang dari lubuk hati kami yang paling dalam, dengan penuh hormat kami.
"Kami juga amat kesal dengan kerosakan dan impak kepada negara secara keseluruhan," kata bapa itu dalam sepucuk surat.
Beliau seterusnya mengesahkan bahawa anaknya kini ditahan di Pusat Pemerhatian dan Perlindungan Juvana mengikut arahan Mahkamah Juvana.
"Saya dan keluarga tidak memohon ikat jamin kerana kami berhasrat untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mencari fakta dan memastikan kejadian keganasan sama tidak berulang," katanya.
Bapa tersebut berkata keluarganya berjanji untuk bekerjasama dengan polis, pegawai kerajaan dan setiap agensi yang diperlukan berhubung prosiding undang-undang itu serta menyokong sebarang pengurangan dan usaha untuk membetulkan kesan peristiwa ini sebaik mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Kerajaan Thailand dan sektor swasta telah bergabung tenaga untuk menawarkan pampasan 14.15 juta baht kepada keluarga mangsa yang maut atau cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Bangkok. - Gambar fail/Foto REUTERS
Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.
Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia
Kematian lelaki berusia 71 dan 53 tahun itu masing-masing disebabkan kegagalan buah pinggang dan sumbatan pembuluh darah di perut serta jangkitan kuman pada paru-paru.
Arab Saudi sedia perkhidmatan Wi-Fi untuk jemaah haji
Wi-Fi berkelajuan tinggi itu membolehkan jemaah melayari perkhidmatan elektronik kementerian dan memuat turunnya terus ke peranti pintar mereka.
135 petugas UNRWA terkorban dalam operasi di Gaza
Mereka merupakan sebahagian daripada 188 petugas PBB yang kehilangan nyawa semasa menjalankan tugas tahun lepas.
Pelajar 13 tahun cipta rekod MBR kenal pasti 86 bendera negara dalam seminit
Divyana mencipta rekod itu selepas melakukan tiga kali percubaan bagi kategori mengenal pasti bendera antarabangsa.
Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini
Pasukan pembelaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng gagal dalam permohonan untuk menangguhkan prosiding.
KPDN serah kepada KPKM teliti semula penyasaran subsidi diesel libat petani
KPDN menyerahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meneliti semula penyasaran subsidi diesel yang melibatkan petani.
Kelayakan Piala Dunia: Son Heung-min santai ledak dua gol ke atas Singapura
Son Heung-min muncul wira Korea apabila menghancurkan Singapura dengan keputusan akhir 7-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Ops Hormat Undang-Undang Jalan Raya: 9,427 saman dikeluarkan sejak Selasa
Dalam operasi sama, sebanyak 25 individu ditahan manakala dua kenderaan disita.
'Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri
Menerusi video pendek yang dikongsi, jelas merakamkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain bentuk badannya juga sedikit berisi.
Insiden Siam Paragon: Suspek kongsi video berlatih guna senjata
Siasatan awal turut mendapati suspek gemar bermain permainan video berunsurkan keganasan senjata api.
Insiden Siam Paragon: PM Thailand ikrar langkah keselamatan tertinggi untuk pelancong
Srettha Thavisin arah agensi berkaitan siasat punca kejadian dan membangunkan langkah-langkah untuk mencegah kejadian berulang pada masa hadapan.