PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap seorang penganggur atas kesalahan berkaitan pemilikan senjata api, dalam kejadian tembakan semasa cubaan merompak seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura, sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah, sebulat suara menolak rayuan Mohd Nazarudin Khairudin, 33, selaku perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Jun 2018, yang menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.
Hakim Hanipah berkata pada hemat mahkamah, isu utama yang dibangkitkan dalam rayuan ini adalah sama ada pertuduhan cacat atas dua perkara iaitu, berkaitan perkataan bersama-sama dengan seorang lain yang telah meninggal dunia dan penggunaan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
"Kami mendapati terdapat kecacatan pada pertuduhan tersebut, namun setelah meneliti rekod-rekod rayuan dan mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak, kecacatan dalam pertuduhan tidak memprejudiskan perayu, malah mengikut rekod rayuan pembelaan, perayu tahu dan faham pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
"Mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuan perayu, oleh itu sabitan serta hukuman (mati) yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi terhadap perayu adalah selamat untuk dikekalkan," kata Hakim Hanipah yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah.
Bapa kepada tiga anak itu dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas pertuduhan bersama-sama rakan sejenayahnya yang telah meninggal dunia, Azman Aini, 39, dengan mengetahui bahawa lelaki itu memiliki senjata api dan melepaskan tembakan terhadap Lee Siaw Khie Jane dengan niat menyebabkan kematian atau mencederakan mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Middle, Kampung Baru Sungai Buloh, pada 3.40 petang, 22 April 2013, mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati.
Berdasarkan fakta kes, wanita itu yang berada dalam kereta Mercedes-Benz didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal sambil mengarahkannya keluar daripada kenderaan tersebut.
Azman yang menunggang motosikal mengacukan sepucuk pistol ke arah wanita itu manakala perayu selaku pembonceng turun daripada motosikal tersebut, sambil cuba membuka pintu bahagian pemandu.
Mangsa kemudian bertindak menekan pedal minyak dan meninggalkan kedua-dua lelaki itu, menyebabkan satu das tembakan dilepaskan ke arah kereta dan terkena bahagian cermin pintu bahagian pemandu dan mangsa terus dikejar oleh motosikal tersebut sehingga tiba di balai polis.
Pada 19 Ogos 2013, perayu ditangkap di rumah ibu mertuanya dan pihak polis merampas sepucuk pistol jenis Walter P99 AS yang terselit dipinggangnya serta satu magazin berisi lima butir peluru, selepas Azman ditembak mati oleh polis dalam satu kejadian tembak menembak di kawasan perkuburan di Paya Jaras.
Hasil ujian balistik dan analisis terhadap pistol berkenaan menunjukkan peluru yang dijumpai dalam kereta mangsa adalah sepadan dengan peluru yang dilepaskan semasa cubaan merompak wanita itu.
Mohd Nazarudin diwakili peguam Azamuddin Abd Aziz manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari dan Mohd Zain Ibrahim bertindak bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022

Panel hakim sebulat suara menolak rayuan Mohd Nazarudin Khairudin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ada 28 Jun 2018. - Gambar fail

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Insiden tembak ahli perniagaan: Hukuman mati ke atas penganggur kekal
Mahkamah mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap seorang penganggur atas kesalahan berkaitan pemilikan senjata api, dalam kejadian tembakan semasa cubaan merompak seorang ahli perniagaan.