Insiden tembakan TUDM: Jenazah Koperal Udara Sharif selamat dikebumikan

Shafik Ahmad
Ogos 15, 2021 05:08 MYT
Jenazah Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Jenazah Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Siniawan Seberang, Bau, kira-kira 10.30 pagi tadi.
Upacara itu berlangsung mengikut istiadat ketenteraan yang disaksikan ahli keluarga terdekat.
Jenazah Sharif tiba di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Siniawan Seberang kira-kira jam 9 pagi.
Terdahulu jenazahnya dibawa ke kediamannya di Kampung Siniawan Lot untuk disembahyangkan selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) malam tadi.
BACA: Mangsa insiden tembakan TUDM Kota Samarahan dikebumikan pagi ini
Insiden Tembak | Jenazah anggota TUDM ditembak dikebumi
Antara yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir ialah Panglima Wilayah Udara Dua Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Jeneral Datuk Shamsudin Kassim.
Allahyarham Sharif antara empat anggota yang terkorban dalam insiden tembakan di Kem Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan pada Jumaat lalu.
Anak kedua daripada tujuh adik beradik itu meninggalkan seorang balu serta tiga anak, Sharifah Syafa Syahirah, 6; Sharifah Syafa Sakira, 2; dan Syarif Ardogan yang berusia dua bulan.
BACA: Insiden tembakan TUDM: Arwah Sharif Mohd Siddiq pesan adik jangan lupa sembahyang
Insiden Tembakan | Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
#TUDM #tembakan #bedah siasat #Jabatan Forensik #Malaysia #Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli #Islam #Melayu