awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor minta suapan RM3,000, dipenjara 10 hari, denda RM15,000

Zulhafiiz Brahim
Zulhafiiz Brahim
08/04/2022
16:02 MYT
Inspektor minta suapan RM3,000, dipenjara 10 hari, denda RM15,000
Zakariah Kirinu, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. - Gambar hiasan
TAWAU: Seorang pegawai polis yang meminta suapan RM3,000, enam tahun lalu, dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM15,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat.
Zakariah Kirinu, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Berdasarkan pertuduhan, dia yang berpangkat Inspektor dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau didakwa meminta suapan RM3,000 daripada seorang individu kira-kira jam 3 petang, 19 April 2016.
Suapan itu sebagai balasan untuk membantu individu terbabit melepaskan jaminan bagi kes senjata api dan menggugurkan kes pedang samurai terhadap bapa individu sama yang mana tertuduh ketika itu sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes terbabit.
Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah kenderaan di hadapan Mahkamah Tawau.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara bermula Jumaat selain turut membayar denda yang dikenakan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#inspektor
#pegawai pendakwa
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan